rEadEr :)

Thursday, February 23, 2012

Part 1 : Untukmu Aida..


25th April 2013
Alhamdulilah… Dengan satu lafaz,hari ini aku sah menjadi isterinya.. terima kasih Ya Allah..  Kegembiraan yang aku alami tidak dapat kuucap sama sekali.. Kasih yang tersemat selama tiga akhirnya sampai ke jinjang pelamin..
Ya Allah, kau rahmatilah masjid yang baru dibina ini..kau limpahkanlah rahmat dan rezeki kepada keluarga baruku ini.. Kau jadikan aku isteri dan ibu yang setia dan mithali.. Kau kurniakanlah anak-anak yang soleh dan solehah buat aku dan suamiku…amin..


Helaian pertama diari itu selesai dibacanya..Ditatapnya gambar perkahwinan yang terlekat pada helaian itu.  Dia masih kebinguangan.. “Saya pernah bernikah?” tutur Aida dengan seribu kerutan didahinya.. Aliff  hanya menjawab soalanya dengan satu anggukan.. “Tapi saya tak kenal awak…macam mana kita boleh bernikah?” satu lagi soalan yang meruntum jiwa Aliff. Aliff hanya menundukkan muka menahan air mata. Hati suami mana yang tidak sebak mendengarkan soalan sebegitu setelah setahun hidup bersama.  “Awak baca la diari tu..nanti Insya-Allah awak tahu jawapanya..”  Aliff kaluar dari bilik itu..menuju ke ruangan dapur..Air matanya bagikan tidak mahu berhenti mengenangkan keadaan isterinya begitu.. Dia sedar, dia perlu kuat untuk menghadapi semua ini..

************************************||*************************

No comments:

Post a Comment