rEadEr :)

Tuesday, January 15, 2013

Part 7 : Untukmu Aida


“Dr. Johan, isteri saya bagaimana? Boleh saya berjumpa dia?” soal Aliff setelah hampir setengah jam dia menunggu diluar. “Silakan, tapi jangan tanya apa-apa lagi..Jangan biarkan dia tertekan..”  jawab Dr.Johan. Aliff terus melangkah menuju ke arah Aida yang berbaring memandangnya dari tadi.. “Ibu mana?” soal Aida.. “Dalam perjalanan sayang, sekejap lagi sampai lah tu..awak rehat dulu ye..jangan fikir banyak sangat..” jelas Aliff dengan nada yang lembut.. Aida menganguk dan terus memalingkan mukanya kearah jendela. Aliff mengapai tangan Aida yang berwayar itu sambil dikucupnya. Dalam hatinya penuh dengan rasa kesyukuran pada pencipta kerana Aida masih ada disisinya.. Dr. Johan yang dari tadi melihat keadaan itu menepuk perlahan bahu Aliff.. “Boleh kita bincang sebentar? Dibilik saya..” soal Dr. Johan.. “Baiklah doktor”. Dilepaskan tangan Aida sambil mengusap dahi isterinya itu sebelum pergi ke bilik Dr.Johan.

“Mereka baik-baik sahaja kan doktor?” soal alif sejurus duduk dikerusi. Dr.Johan mengeluh.. “In syaa Allah.. semua tu kuasa Tuhan.. tapi…” kata-kata Dr.Johan terhenti.. “Kenapa doktor?” soal Aliff dengan penuh curiga.. “ Aliff, penyakit Alzheimer yang dihidap Aida setakat ini adalah pada tahap sederhana dan masih boleh diubati. Tetapi disebabkan kondisi Aida yang sedang mengandung itu telah mempercepatkan keadaanya untuk menjadi lebih teruk. Sel otaknya yang mati akibat kemalangan tu sudah pun membuatkanya mendapat sintom-sintom Demintia seperti lupa. Kandungan Aida akan memberi kesan yang cepat pada perubahan  Hippocampus pada otaknya yang menjadi semakin nipis. Sintom Dimintia ini akan bertambah teruk mengikut  mengikut usia kandunganya. Peningkatan sintom ini akan menyebabka Aida mudah pengsan.” Jelas Dr.Johan dengan lebar. Aliff menekup muka.. Ya Allah, setelah Engkau menyelamatkan nyawa kedua mereka, aku redha dengan ujian berat-Mu ini..desis hati kecil Aliff.  “Tapi ingat, cara terbaik ialah awak kena sentiasa ada denganya. Dia akan menjadi seorang yang mudah lupa dan mudah leka. Kerana ini bahaya untuk Aida dan kandunganya.” Smbung Dr.Johan. “Baiklah doktor, terima kasih” sahut Aliff sambil bangun bersalaman dengan Dr.Johari sebelum berlalu pergi.

Aliff terus menuju ke katil Aida. Di melihat ibu dan ayah mertuanya sudah ada bersama Aida. Setelah bersalaman, ayah bertanyakan pada Aliff tentang keadaan Aida.  “Aida taka pa-apa. Esok sudah boleh balik.” Jawab Aliff. “Baby dalam perut Aida?” soal ibu tanpa diduga.  “Baby pun okey” jawab Aliff. “Alhamdulilah..” sahut ayah.. Namun, muka Aida berkerut.. “Baby?” soal Aida sambil memandang tepat muka Aliff sebelum berubah pandangan kearah ibunya.. “Ye Along, sebelum kau kemalangan hari tu, kau dah mengandung 3 bulan. Aliff ni ayahnya.. Ayah kau yang nikahkan korang tahun lepas” terang Pn.Nor. Dia tahu maksud persoalan anaknya itu. “Betul ke ayah?” Tanya Aida mendapatkan kepastian. “Betul nak, kau belajarlah terima dan anggap Aliff ni sebagai seorang suami semula. Dia dah berusaha buat yang terbaik untuk kau bertiga. Lama-lama..kau akan ingat juga..sikit-sikitlah.” nasihat En.Yakob. Aida terdiam. Matanya dialih kearah jendela. Suasana bilik itu menjadi hening. Masing-masing melayan perasaan sendiri.

No comments:

Post a Comment