rEadEr :)

Wednesday, January 16, 2013

Khasiat Rumpai Laut Kolagen (Marine Collagen)

Assalamualaikum..

Hai korang! (ececeh..cam ramai je reader kan)

Hari ni aku dengan rajin nak promote barang..hehehe barang kecantikan lagi you..ha,, bukan selalu nak tgok aku buat promo2 macam ni.. Salah satu sebabnye aku memang tak reti nak pakai benda2 kecantikan ni.haha Disebabkan aku ni jenis pelupa, so susah nak konsisten untuk pakai satu-satu produk.. sebab kalau tak konsisten, produk mahal pon tak de effect. ye dak? okey, malas dah nak cerita pasal kepelupa-an aku yang berganang-ganang tu..

Dari sumber yg aku cari kolagen nie datang dari banyak sumber pemakanan. Banyak makanan yg boleh menghasilkan kolagen dan yg paling banyak sekali sumbangan dia adalah dari buah buahan citrus. kolagen mentah (panggilan bagi marine collagen) adalah kolagen yang takda campuran bahan2 sampingan yang berbahaya atau diragui..fresh from the sea..cara nak guna pon senang..hanya perlu rendam,rebus,dan tadaaa..siap..boleh minum dan di buat masker..tu pon kalau korang beli yang kering punya.. nanti aku kasi taw cam mana nak buat hokey?

Tapi kalau ada korang yang jenis busy gila sampai nak rendam rumpai tu pon xde masa cam aku, boleh la beli yang dah siap. murah je..nk gunakannya pon rasa confident sebab benda ni bebas chemical a gift from mother earth la katakan..huhu

meh aku kenalkan dulu rupa rumpai laut ni...

yang ni yang jenis mentah (raw) punya. keras lagi.


yang ni pulak bila dah rendam 3-4 jam cam tuh..

yang ni pulak, aku beli yang dah siap. Kawan kelas yang jual. Mula-mula tu cam tak berminat. tapi bila budak umah pakai and nmpak hasil, tu yang beli tu..hehe tak rugi pon kalau pakai.. kalau beli dah siap ni boleh guna untuk masker atau pun buat air..

ahaaa..ni stok aku and roomate. kami pengguna tegar~

KAEDAH PENYEDIAAN A

Cara Penggunaan :
  1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman 
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
  5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker


Cara Pengambilan :
  1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
  2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah 
  3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =) 



Cara Membuat Masker :
  1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas 
  2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
  3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
Aku biasa buat masker je..sebelum tidur tu dah teppek dulu dah..pas2 nanti rasa tegang je..tidur pon dah sopan(tak lasak) hahaha..

kalau muka cam aku ni.. banyak ni pon dah cukup..huhu

KAEDAH PENYEDIAAN B

Cara Penggunaan :
  1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
  2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
  3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan 
  4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus 
  5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
  6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais



PERHATIAN :

* Jika boleh elakkan minum kopi, nescafe; minuman yang tinggi kandungan kafein sebab semua tu boleh menyerap dan buang vitamin C, kolagen dan gluthathione (agen pencerah) dalam badan kita..

* Ambil bersama vitamin C untuk kesan yang maksimum & lebih cepat! banyakkan minum air kosong..

Kebaikan Kolagen Asli

kandungan nutrisi secara saintifik
  1. Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  2. Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  3. Menghilangkan SEMBELIT
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  5. MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  6. Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  7. Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  8. Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  9. Membantu meningkatkan METABOLISME
  10. Meningkatkan fungsi stomatch
  11. Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  12. Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  13. Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  14. Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  15. SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  16. Mencegah ANEMIA
  17. Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya

Ok lah,, tu je info dari aku. Harap korang paham dan nak beli. Untuk kenalan rapat, (rumah dekat or selalu jumpa) kalau nak beli kasi taw eh? bule anta kat uma terus :D

p/s: Dah ramai yang mencuba dan terbukti berkesan..xperlu bayar mahal2 untuk dapatkan kolagen..hanya dengan modal yang rendah kita dah mampu untuk kelihatan lebih cantik dan menarik serta mempunyai kulit yang glowing..dah banyak kajian tentang marine collagen ni..siap dah masuk rancangan Nona pada 20 May 2012 lagi (sila rujuk Youtube dibawah)





No comments:

Post a Comment