rEadEr :)

Saturday, February 25, 2012

Part 3 : Untukmu Aida


23rd June 2013
Tahun pertama aku menyambut hari kelahiran bersama suami.. Abang memang tak romantik, tapi setiap tindak tanduknya tu buat aku rasa betapa dia cintakan aku.. Ibu dan ayah datang kerumah untuk membuat kejutan sempena hari jadiku.. Abang menghadihkan aku seutas jam tangan yang terukir namaku..Nampak macam biasa tapi sangat bernilai bagiku..
“Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan aku keluarga sebahagia ini.. Semoga tahun-tahun mendatang masih dapat aku merasakan kebahagiaan ini…amin...”

Aida melihat jam tanganya diatas meja..tiada ukiran.. sama seperti jam yang biasa.. Aida mengeluh.. Ditutupnya diari tu…dia melangkah malas ke arah katil.. “Kenapa aku tak ingat apa-apa? Apa yang sebenarnya dah berlaku? Aku pernah kahwin dengan Aliff? Kenal pun tidak, kenapa aku kahwin dengan dia? Hm.. patut ke aku tanya dia?” Aida bermonolog sendiri.. Tiba-tiba pintu bilik diketuk.. “Masuk la..” Aliff terpacul dihadapan pintu.. “Awak, jom makan..saya dah siap masak..” Aida bangun dari katil sambil mengikut langkah Aliff.. Sempat Aida mengapai jam tanganya diatas meja untuk dibawa bersama.. “Aku perlu tanya..” desis hati Aida..

Setelah selesai makan malam, Aida membantu Aliff mengemas meja makan... Tiba-tiba Aida terpandang jam tangan yang dibawanya turun tadi.. “Awak, ni jam tangan siapa?” sambil menunjukkan jam tanganya kearah Aliff.. Sambil tersenyum Aliff menjawab “Awak la..saya belikan masa hari lahir awak tahun lepas..” ”Owh..” pendek jawapan Aida..namuan dia masih punya persoalan..”Cuba awak tgok belakang jam tu…ada nama awak..tu maknaya awak punya la..” sambung Aliff lagi.. “Belakang jam?” Aida kehairanan sambil memusingkan jam tangan itu.. ‘Ikhlas buat isteriku, Aida’ ringkas tulisanya.. Tiba-tiba bayangan kotak berwarna merah melintas difikiranya.. Kepalanya tiba-tiba terasa sakit.. badanya tidak setabil.. terasa mahu jatuh.. Aliff yang melihat keadaan itu segera memapah Aida ke sofa.. “Awak tak apa-apa ke? Saya ambilkan ubat awak”..  Aliff menyupkan ubat kemulut Aida dan menghulurkan segelas air.. “Awak masuk la bilik dulu..rehat.. nanti bila awak betul-betul bersedia, saya akan ceritakan semuanya..” Aida hanya senyum dan mengangguk..digenggan erat jam tanganya.. Perlahan dia berjalan menuju kebilik dan Aliff memandangya hingga Aida menutup daun pintu..
****************************************||*************************************

No comments:

Post a Comment