rEadEr :)

Wednesday, January 29, 2014

Kedah kami mai!

Assalamualaikum...

Berdasarkan kepada tajuk, kami pergi kedah ni pada tahun lepas..tapi baru nak buat post ni sebab boss bagi cuti CNY lama sangat..gagaga ;)

Kami tak ada plan pon untuk ke Kedah memandangkan memang awal bulan pon.. Tapi disebabkan semangat nak jumpa Pak Lang yang dah bertahun tak jumpa tu, tu yang gagah je pergi sana dengan apa adanya.. Nak dijadikan cerita, hari jumaat tu aku amik half day dengan alasan nak pergi balai polis sebab kereta aku kena langgar..bukan alasan..memang betul kena langgar..tapi aku tak le pergi balai polis..buang karen je..bukan taw sape yang langgar pon..hahaha
Lahanat mane tah yg sagat..mencii!
Then aku pun bergegas pulang dari office terus balik rumah...dalam perjalanan ayah bagi mesej, dia kata mungkin dia tak sempat balik awal memandangkan terlalu banyak kerja di pejabat dan dia terus pesan "drive kereta elok-elok semoga selamat pergi dan selamat sampai". Aku pon terkejut la..len camam je bunyik..tak kan lah aku yang nak kena drive balik Kedah?? :(

Lepas buat pengesahan semula dengan talian telefon, aku pun pulang dengan kabar berita...Masa tu family Pak uda dan ibu dah bersiap cantik-cantik ensem-ensem dah...barang pun sudah di packing. Kalau nak tunggu ayah balik, mungkin malam baru kami dapat bergerak ke Kedah, tapi memandangkan kereta agak sempit, kami terpaksa tinggalkan ayah dan tanpa sempat aku merebahkan badan, kami pon berangkat ke Kedah.

Oh, lupa nak bagi tahu, kami ke kedah dengn urursan untuk bertandang ke perkahwinan adik Mak Lang yang berlansung pada hari ahad. So, kalau pergi hari sabtu, rugi lah..ahad dah balik dan masing-masing perlu kerja pada hari isnin.

Sepanjang perjanan, ibu bersengkang mata meneman aku. Yang lain hanyut dah...lena je. Ni, bukti ibu tak tido sepanjang perjalanan..
 

 Nasib konvoi dengan Pak Uda...tapi setiap R&R yang ada dia buat pitt stop..tak sempat aku ngntok dia dah berenti lagi..Tak larat lah nak amik gambar setiap perhentian..yang bawak ni, perhentian Sg.Perak.




Keluar dari tol Bukit Beruntung pukul 3.40pm, dan sampai tol Langgar pukol 11pm...lotih gilo! tapi Alhamdulilah...sapai jugak kami ke Kedah...jauh jugak lah aku dah berjalan dengn drive sendiri..kikiki
Disebabkan kenduri hari ahad dan mereka menggunakan khidmat katering, sabtu tu Pak Lang bawa kami pergi mandi berkelah.




Dan hari ahad, dalam pukul 3 lebih selepas kenduri selesai, kami pun bergerak pulang.. Sebelum pulang, tangkap gambar kenang kenangan dulu...






Okeh, kalau ke Kedah, tak sah kita kalau tak kesawah...dah nama pon Kedah jelapang padi kan?






No comments:

Post a Comment