rEadEr :)

Wednesday, November 14, 2012

Aku Anak Terbuang!

Assalamualaikum..

Cuti-cuti ni aku nak share sikit petua dari Remaja(Karangkraf) untuk menjadi anak kesayangan... just a  tips.. Tapi kena ingat, yang sebenarnya ibu bapa kita sayang anak-anak dia sama rata je... Sume ni cuma perasaan korang je...kene buang lah ape..hahaha...ok lah..cekidot!

gambar hiasan yang tak de kena mengena :P

Memikirkan semua ini kamu jadi lelah dengan situasi yang berlaku. Kamu kalah dalam peperangan ini, rasanya sudah tidak terdaya lagi untuk menggagahkan diri dan memendam perasaan. Apakah ini dugaan yang harus kamu lalui? Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Bangkit dan serulah semangatmu untuk menjadi individu yang lebih kental. Jangan mudah berputus asa, raihlah kasih dan sayangnya selagi kamu mampu. Ayuh ikuti tip ini bagi memudahkan kamu menangi hati orang tuamu.

1. Ambil Hati
Kamu sering terpinggir antara yang lain sehingga kamu berasa sedih saban hari. Walhal kamu juga sebahagian daripada ahli keluarga. Apakah punca yang menyebabkan kamu dibuang? Kamu sendiri tertanya-tanya. Walaupun pelbagai cara telah kamu lakukan untuk menambat hati orang tua, pasti ia tidak terkesan. Malah ia semakin menyakitkan. Kamu jangan mudah berputus asa, cubalah ambil hati orang tua kamu dari sudut yang berbeza. Mungkin kamu boleh menyenangkan hatinya dengan mendapatkan keputusan cemerlang atau tidak membuatkan orang tuamu rasa kamu membebani mereka. Oleh itu berdikarilah.

2. Berkongsi Minat
Bukan semua orang dilahirkan sempurna dan mendapat serba serbi. Kamu juga mempunyai kekurangan yang tersendiri. Sekiranya kamu lihat orang tua lebih suka bergurau senda dengan adik beradik kamu yang lain berbanding dirimu, janganlah berkecil hati. Cuba kamu buang jauhjauh perasaan sedih itu. Kamu perlu tanamkan satu matlamat iaitu mereka juga menyayangi kamu. Maka apa yang perlu kamu lakukan ialah cuba lihat dan teliti hobi dan minat orang tua kamu. Mungkin dari situlah kamu boleh berkongsi minat dengannya. Secara tidak langsung orang tua kamu akan rasa dekat dan cuba menyemai rasa sayangnya kepada kamu.

3. Mendengar Kata
Anak yang tidak mendengar kata selalunya akan menimbulkan kemarahan orang tuanya. Jadi janganlah bersikap seperti itu. Kalau boleh patuhi setiap arahan yang mereka berikan. Mungkin dengan cara ini kamu akan dilabel sebagai anak yang mendengar kata. Meskipun pujian itu tidak dinyatakan secara terangterangan kepada kamu, pasti ia akan menyusul jua di telinga adik beradik kamu yang lain. Jadi usahlah kamu khuatir. Dari situ, orang tua kamu akan cuba merapatkan dirinya semula dengan kamu.

4. Elak Timbul Kemarahan
Perkara utama yang perlu kamu elak daripada mencipta jurang yang lebih besar ialah jangan sesekali menimbulkan kemarahan orang tua. Sekiranya kamu sering menimbulkan kemarahan mereka, bimbang nanti orang tua kamu akan terus-menerus menuding jari malah menjauhkan dirinya daripada kamu. Itu sangat membahayakan! Jika kamu tahu orang tua seperti meminggirkan kamu, jangan pula menambah ‘pening kepala’ mereka dengan sikap kamu yang boleh membuatkan orang tua membuang jauh kamu daripada hidup mereka. Cubalah berlembut setiap kali orang tua memarahi atau meminta kamu melakukan sesuatu perkara.

5. Bersemuka
Bagi sesetengah individu, mereka lebih suka menjauhkan diri dan memendam perasaan. Kata mereka cara ini lebih baik. Namun jangan pula kamu mengikuti jejak langkah ini. Sekiranya kamu berasa hati mahupun terluka dengan cara orang tua melayani kamu, cepat-cepatlah beritahu mereka apa yang terbuku di hati kamu. Sekurang-kurangnya orang tua akan cuba memahami kamu seadanya. Orang tua mana yang tidak sayangkan anak?

6. Tarik Perhatian
Hurm, sekali sekala apa salahnya kamu cuba tarik perhatian orang tua dengan memasak makanan kegemarannya atau menolong mereka melakukan kerja rumah sambil mengurangkan bebannya. Pasti orang tua kamu akan tersentuh dengan keprihatinan kamu itu. Dari situlah orang tua kamu akan tahu betapa besarnya pengorbanan kamu selama ini. Walaupun diherdik dan dimarahi orang tua saban hari, kamu tetap meringankan tulang membantunya melakukan kerja-kerja rumah. Bagi kamu orang tua adalah segala-galanya.

7. Pupuk Rasa Kasih
Walaupun kamu cukup terluka dengan perbuatan orang tua terhadap kamu sehinggakan kamu rasa diri kamu langsung tidak dihargai, jangan sesekali  membencinya. Kamu kena ingat, mereka telah membesarkan kamu selama ini. Oleh itu hargailah diri mereka selagi mereka masih bernafas di bumi ini. Pupuklah rasa kasih terhadap orang tua semampu kamu.

8. Ampuni Segala Dosanya
Memaafkan orang lain adalah perkara yang paling dituntut. Tidak ada salahnya kamu memaafkan kekhilafan orang tua terhadap kamu. Mungkin ia berlaku secara tidak sengaja. Kamu kena ingat, setiap manusia itu tidak sempurna. Kadangkala kamu sendiri pun tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Orang tuamu tidak berniat meminggirkan kamu, mungkin perhatiannya teralih sedikit kerana mereka mempunyai anak yang ramai menyebabkan kamu terlepas pandang. Baginya kamu sudah cukup dewasa untuk berdikari.

No comments:

Post a Comment