rEadEr :)

Saturday, November 24, 2012

Pesta Konvo di USIM

Assalamualaikum..

* sila baca dengan nada ala-ala baca diari

Hari ni aku rasa best sangat! sebab dapat pergi pesta konvo Universiti Sains Islam Malaysia(USIM). Walaupun tempatnya tak la jauh dari UTeM, (kat Nilai je) tapi aku tak pernah pergi. Ini pertama kali aku menjejakkan kaki kat sana. Tujuan utama aku sertai rombonga kali ini ialah untuk menyertai Karnival Explorasi Kerjaya yang diadakan sempena konvokesyun USIM kali ke-10 ni.


masa kiteorang sampai sini, talk Forum Kerjaya ni dah nak ke penghujung. Penceramah pun tak sempat kenal.huhu Yang aku tahu, beliau penceramah dari TV AL-Hijrah.. ada program sendiri Isu Akidah. Banyak pendedahan yang beliau dah buat. contohnya isu syiah dan ajaran sesat. Sangat menarik.. dan memberi banyak pengajaran pada kita.

Lepas dah habis forum tu, kami dah boleh buat aktiviti bebas :) Kat sana banyak sangat gerai yang dibuka. Jual macam-macam. Dari pakaian, sampai lah ke makanan.. haih, penat berjalan, curi2 mata je. Pastu beli makanan.. Antara aktiviti yang ada seperti:

ada contest teka berat kucing ni. besaw gile wey! geram!
karaoke pun ada.. 
tutorial buat fondant untuk cupcake. cantik! 
jualan buku

pameran Volkswagen. comel yang pink tu!!
Dan booth yang paling best ialah booth Utusan Malaysia! sebab bagi surat khabar free dan boleh jumpa artis! Artis undangan kali ni ialah si segak Fahrin Ahmad dan si kacak Fizo Omar!! 

depan booth Utusan dan suratkhabarnya~ haha
Ramai sangat orang yang berkerumun kat situ,,, lemas2~

Fahrin Ahmad! mula-mula dapat dari jauh je.. :(
lepas tu, ha! amik kau..dapat pon gmbar berdua..haha
masing2 muka puas..hahha
lepas tu denga Fizo Omar pulaks~ 

ouh! gembiranya saya hari ni! (perlu ke ayat cam tu?) Sib baik sempat amik gambar ngn Fizo, sebab masa tu kitorang patutnya dah kena berkumpul nak balik. Sebelum balik, sempat gak la bergambar kenangan kat kawasan USIM. (pesta konvo tu kat Komples Sukan)

bangunan Canselor dorang cantik. macam kat Putrajaya tu..
berlatarbelakangkan padang dan belon besaw!
Lepas tu, bas UTeM pun tiba dan kami pun bergerak balik...sekian :D



1 comment:

  1. waalaikumsalam.. in syaa allah.. jangan lupe follow sy juga :)

    ReplyDelete