rEadEr :)

Sunday, May 1, 2016

Babymoon :)

Assalamualaikum..

Sebenarnya kami da lama book hotel kat Langkawi ni. Kami beli masa Matta Fair March 2015 hari tu..plan asal nak ber-honeymoon la konon.. Lepas beli tu beli la jugak tok family vocation kat A'Famosa Resort.. sebab murah sgt rasenye masa tu.. *sebelum GST dilaksanakan
Balik dari Matta Fair tu husband (masa tu masih boipreng) tertengok pulak Grand Laxis PD pon tgah wat promo kat website.. bincang punya bincang, beli je la~ so ada 2 tempat la nk berhoneymoon.. (dua2 tempat is open date)

So kami pegi Grand Laxis Skypool (bulan 12 2015) dulu.. Lepas tu A'famosa dengan family (bulan 1) dan lepas tu....da xde duit. Haha.. so kne postpone 2nd honeymoon lambat. Tunggu punya tunggu, pup! Si kecil ni muncul.. (tiket flight da beli dari bulan 2 sebab Air Asia ada promo apa tah time tu) time beli tiket tu la decide tarikh nk pegi Langkawi ni..

Tadi *29/4/2016, kami dari umah MIL.. adk husband yg tolong hantar g KLIA2.. sampai dalam pkol 1.40 lebih cam tu..print document (da check in online) terus pg Gate masa tu dalam pkol 2.30 kot.. flight actual 3.10pm..so xde la lama sgt tunggu.

Filght pegi kami tak amik baggage sebab kami bawak baju tok 3 hari je dengan sebiji laptop. Muat2 dalam satu camping bag org bawak panjat gunung tu..total less than 7kg la kot yg husband pikul..huhu aku pulak bawak beg belakang kecik tok isi barang yg akan selalu dicapai mcm GoPro, powerbank, purse, hp, buku pink pregnen and ubat2an. Total 2 beg je bawak naik kabin. Tak mkn masa tggu luggage.

Masa check in online nmpak seat kami macam terpisah.. 3b dia (depan), aku 3c (blakang).. masa print tiket tanya kaunter kot2 boleh tuk seat. Dia kata tak leh sbb flight penuh..(org rmai cuti Labor Day). Kami redha je la.. siap plan suh dia pegang kamera sbb dia depan. Dah naik flight tu, kami pon cam terpinga sebab seat kami HotSeat.. rasa cm tak book pon hotseat. Masa book ari tu tak pilih seat sbb tambah harga lain..(tak pasti cam mna prosedur dia sebenarnya) Tapi alhamdulillah sgt sbb seat kami sebenanya sebelah2 dan dapat dok tepi tangkap! Hihi rezeki anak kot..

Baru naik flight tetiba hujan turun lebat. Lebat gila.. delay ada dalam 10min cam tu sbb tggu hujan reda.. dah hujan tu apa lagi, lapar terus. Tp kne tggu gak flight jalan baru dorg jual mkanan.. igt boleh tahan lapa sampai landing baru makan, tp disebabkan pakcik sebelah ni lama pulak dia tahan troli tu tok beli, bau makanan tu cam cucuk2 perut rasa. Tak tahan beli je la cake ngn air panas buat alas perut.huhuhu tu tak taw anak ke mak punya makan..haha

Alhamdullullah smpi langkawi cuaca cerah je sambut kami. Dapat miscall dr driver hotel..dia da tggu dr 4.30pm..kami sampai dlm kol 5 cm tu sbb delay hujan td. Sian dia.. tp nasib baik dia still tggu kami lagi.. dia bawak kami p hotel terus tok checkin dan amik kunci kereta sewa (dah book kereta viva RM100 tok 3 hari masa Matta Fair)..

Kami checkin bg taw maybe nk keluar lambat sebab flight balik pkol 10mlm dan mgbe nk extand kereta sewa tu jugak. Dorang (Hotel Bahagia kat pekan Kuah) kata boleh tp ada surcharge sbb labour day..tambah rm50 lagi..tp rm10 per hour tak silap. So, deal! Bukan lama pon..dlm kol 8 kuar dah.. lapas tu urusan kerta sewa pulak. Kami expact Viva sebab baya RM100 je dan mmg dah state dlm booking form kereta Viva (nak jimat kos minyak dan kami bedua je pon). Dah sign apa semua dengan baya deposit kereta, dia g tunjuk kereta park mana..cam pelik..eh? Vios pulak? Tgok balik kunci dia bagi. Ok betul Vios.. Alhamdulillah...tp minyak dia bg 2bar je.ok la kot..huhu

So lepas dpt kunci kereta bru kami nk masuk bilik. Bilik no 015 kot..tgkat 2 umah kedai tu.. Allah.. lemah betul ibu mengandung ni dengan tangga. Tak pe la..sib bek tgkat satu je. Sampai atas servis boy tu bukakkn la pintu (nasib baik dia antar kami sampai bilik), tgok bilik tak kemas lagi..siap sepah gula2 hacks punya plastik tu. Budak tu pon ptah balik bg taw management..kami tggu je la kt tangga. Even da penat kami tak merungut sbb klu pikir balik msti kne tggu dia nk bersihkan tu lama. Mybe sbb masing2 xnak spoilkan mood masing2 kot. Tak smpai 5min budak tu dtg blik suh kami turun..igt nk kne tggu kat lobi, upanya dorg bagi bilik lain. Tgkt bawah lak tu.. Alhamdulillah sgt ya Allah..

Masuk ja bilik, solat zohor asar and rehat. Sebab masa tu da pkol 6.. igt lpas mgrib baru kuar.. tgh2 rehat tu si kecik ni tak dok diam..begolak beria dlm perut. Tadi kat dlm flight pon sama sblm fly tu..mybe sbb dia sempit kerusi Air Asia tegak sgt.. ni pelik sbb da baring pon dia x dok diam. Husband ckp mybe dia lapa.. sbb mkn td pon sikit je.. trus siap..6 lebih tu kami kuar p carik makan. Nak try tempat mmber husband suggest kat Bamboo Beach Resort atau EE burger, tapi dua2 tempat tak jumpa. Pelik dan seram pon ada sbb 2 3 kali waze tempat tu wujud tp bila sampai utan je..kedai apa pon xnmpak. Dah la senja. Last2 tak tahan sgt g makan kat foodcourt HiG Mall je..tu pon dln pkol 8 lebih dah.. sebab ramai lagi, mkanan smpai dlm 20min cm tu..

Lepas makan singgah jap HiG tgok coklat. Beli apa nak makan esok je..yang menempah sume ahad baru beli.. simpan kang bersemut pulak.. sebelum masuk HiG g bank dulu nk kuarkan duit. Tgok balance, Alhamdulillah.. gaji naik dan bonus sekali. Boleh la shopping lebih skit kat Langkawi ni.. Beli Daim cookies, Nutella celup ngn sotong gula, balik. Penat dah.. ni husband da bedengkur, aku menaip.haha kang tak tulis lupa...kiki

Hari ni (30/4/2016), pagi lagi dah terlajak subuh.. pkol 7 husband baru sedar. Aku lg tak sedar apa..haha lepas solat, mintak tlg husband ironkan baju and tudung sbb iron board satu ke kat luar..nasib depan bilik je.. sementara tu aku mandi. Lepas siap sume breakfast kat Bahagia Restoran (sekali pakej hotel)..

Dalam pkol 9 cam tu terus gerak g Oriantal Village..40min perjalanan cm tu dr hotel..kat situ banyak lagi tempat menarik selain SkyCab. Memang salah satu dalam list pon..huhu masa sampai tu dalam pkol 9.45am cm tu.. beratur beli tiket. Kami amik Pakej B tak silap. Ada SkyCab + SkyDome + SkyRex + 3D Animation. Total RM100 lebih.. kot.. sebab pakej lain tu cm bnyk sgt plak..

Kami dapat slot pkol 10 tok SkyCab tu..tp nk beratur punya la lama..rupanya kne masuk SkyDome dulu sementara tggu turn SkyCab..Lepas tengok SkyDome, kami sambung beratur..Alhamdulillah kami lepas ke Express Line sebab ada SkyCab yang tak cukup koata lagi 2 orang..so kami naik la dulu..hihi tapi tu pon dah pkol 10 lebih...

Dalam pikiran aku, smpai je atas memang akan ke SkyBridge terus. Tangkap gamba and patah balik turun..Rupanya sampai atas nk pegi skyBridge kene bayar lain pulak. Tu pon ada 2 option. Satu guna SkyGlide + SkyBride RM15 satu kepala. Satu lagi SkyBridge shj..tp kene jalan kaki hiking skit turun ke SkyBridge tu..RM5. But ibu mengandung tak dibenarkan... ok. Tak de pilihan dah..huhu

So lepas settle begambar bagai, dalam pkol 12 tu kami decide turun..sebab ada lagi tak pegi..perut kang lapo..makanan jual kompom memahal punya.. lepas turun, nak prgi SkyRex kononnya.. masa kat pintu masuk je dah husband nampak sign ibu mengandung tak dibenarkan masuk.. adeh.. dah rugi.. xsure sebab dia xbg ibu memgandung tekejut tengok dinasour kot..haha tp yang penting husband mmg xkasi masuk even aku ckap aku ok.. Then kami proceed je pegi 3D Musium terus. Agak besar jugak tempat tu. Dan ramai orng..bnyak kene mengalah dengan family besar2..huhu dalam kol 1 kami nak keluar.

Ondaway keluar Oriantal Village tu nampak org lukis2 kenangan tu.. lepas tu nampak ada yang boleh custom made baju dengan nama sendiri. Cam comel pulak..buat lah sorg sehelai.. design kami kena sehelai RM35..tak pa lah.bkn selalu pon..hihi baju leh pakai lama.. tapi, nak buat tu lama..nasib baik abg tu boleh tolong hantar p hotel terus malam tu jugak. Kira ok la..xyah tggu lama sebab perut lapar dah..

Keluar dari situ husband cari laksa langkawi. Yang dia pernah pegi kat Pantai Chenang tu.. tak jauh.. terus pegi sebab da kebuluq..tp cm tak puas la lunch mkn laksa je.. husband balun 2 magkuk..aku pulak balun laksa ngn pasembuq..aku xpa..ank mkn satu..hihi

Lepas kenyang singgah la Beras Terbakar sebab tak jauh pon dr pantai Chanang tu.. beli la kain batik bak kata husband tok pakai lepas besalin nanti..haha ok la..ikut je.. sampai je memang tengah terik sebab pkol 3 lebih nk pkol 4 cm tu.. carik batik, tengok beras terbakar, chow terus.. dah sakit kaki gak sebenarnya.. tp lepas tu husband ajak g Idaman Suri pulak..ok..boleh la..balik hotel awal pon nk wat apa kan?

Sampai idaman suri dlm pkil 5 lbh cm tu..sbb waze baik ati tnjuk jaln jauh kt ktorg tah mana jalan dia bagi. Sampai je..xtaw nak beli apa. Sebab memang tak de plan apa pon nak beli brg pinggan mangkuk.. kami beli hadiah kawen member ngn talam je.. dalam kol 6 tu kami kuar dari situ. Sampai hotel, lena laki bini..

Pkol 7 ptg baru bangon mandi siap nak p makan.sebab tadi abg yang jual baju costom made tu dah lukis peta cari Bamboo Restaurant tu, kami gigihkan lagi cari. Alhamdulillah jumpa tanpa sesat..hihi Bab makan, kami jadi double. Tu yang order memacam tu..Memang boleh kenyang sampai esok.haha balik makan, usha blik gamba siang tadi, pastu tdo! Husband da 2 kali tegur ni dia da tdo aku dok menaip lagi..haha dengan cafe Carlsberg kat sebelah ni berpesta pon dia leh lena.haih.. bdn da penat apa pon xheran dah..kan? 


Ps: this story tak habis sebab hari ni baru rajin nak selak blog balik n this post still in draft. Rest of the story I forgot already..hahaha sorry!

Tuesday, December 15, 2015

Raikan Cinta Aliff & Ann

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, majlis kedua-dua belah pihak sudah selesai. Post kali ni, saya nak khaskan buat semua yang terlibat dalam majlis saya secara lansung atau tidak lansung.

Saya mulakan bagi majlis nikah dan sanding disebelah perempuan yang bertarikh 28/11/2015.

Buat ayahanda dan bonda saya yang terutama,
Terima kasih kerna besarkan kakak, didik kakak dan bagi kakak sebuah kehiduapn yang cukup sempurna. Dan setiap titik peluh, wang dan tenaga yang ayah ibu hulurkan bagi kehidupan dan menjayakan majlis kakak ni, bagi kakak terlalu luas melebihi langit, tak terbayar bergunung emas, tak terbalas berpuluh keturunan. Kakak bersyukur punya ayah punya ibu dihari bahagia kakak.
Terima kasih juga atas restu. Terima kasih kerna percayakan Aliff untuk menjadi teman hidup kakak.
Terima kasih yang tak pernah cukup untuk diucap buat kalian.


Buat adinda-adinda tercinta,
Selalu kakak idam menjadi yang sempurna buat kalian. Memberi apa aja kalian mahukan. Memeluk pada setiap kejayaan dan memangku pada kegagalan. Kakak selalu mengharap kalian percayakan kakak seperti kalian percayakan kehadiran ibu ayah tiap masa. Kalian tahu, kalian pesaing terbesar dalam hiduap kakak untuk berjaya. Selalu irikan angah dalam kebijaksanaan dia, selalu cemburukan alang dengan caranya menambat hati ibu ayah, selalu idamkan kegigihan abang mencapai apa dimahu dan kakak sentiasa mahu menjadi adik dalam setiap apa yang adik ada. tamak kan?
Terima kasih sebab jadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Terima kasih membantu walaupun korang letih dan penat. Terima kasih sebab sayangkan kakak.

Buat makcik pakcik dan sepupu sepapat
Yang seawalnya datang menghulur tenaga, yang tak megharap dibalas segala lelahnya, yang tak mengungkit apa diberi, yang seikhlas berdoa kebahagiaan dan yang sentiasa aku anggap pakcik dan makcik walau talianya sudah tiada. Sumpah, kakak tak cari siapa yang pernah kakak datang kendurinya dulu. Kalau ada, Alhamdullilah.. kalau tak ada, mungkin majlis ini bukan rezeki kita untuk berjumpa. Nak disenarai nama mereka, tak perlu rasanya. Berjuta terima kasih dari Yanti, suami dan keluarga. Moga Tuhan membalas berlipat kali ganda.

Buat kenalan dan sahabat handai
Terima kasih jagakan aku. Kalian terima compang campingnya aku namun masih setia menjadi sahabat. Terima kasih buat doa, buat nasihat, buat segala macam pertolongan dan terima kasih kerana ada. Sungguh aku cuba balas apa mampu. Tapi aku tahu Tuhan membalas lebih besar dari mampunya aku. Kalian dalam doa, terima kasih kerana ada dan memeriahkan majlis dan hidup aku.

Buat suami,
Terima kasih kerna sudi mengambil aku sebagai isteri. Terima kasih kerana merialisasikan setiap impian dan keinginan aku. Terima kasih atas kasih sayang dan kesetiaan. Terima kasih buat aku ingat akan Tuhan dan berbanyak-banyak terima kasih kerana sabar.

Dan tak lupa, buat vendor-vendor yang meng-vouge-kan lagi majlis. Terima kasih atas kerjasama.


1. Katering - Udaimatunnur Katering


2. Set Baju Nikah dan Sanding - Udaimatunnur Butik



3. Pelamin - Udaimatunnur Butik

4. Dewan Nikah dan Sanding - Udaimatunnur Butik

  
5. Kek Kahwin - Udaimatunnur Katering


6. Homestay pengantin lelaki - Udaimatunnur Katering

7. Veil Nikah - Raudhah.my


8. Nikah Wedding Heels - ChristyNg


9. Kek hantaran lelaki and perempuan - Orchid Bakery by Nurul Haninah


10. Photobooth - DIY (decorated sibling and cousins)
11. Guestbook - DIY by ayah and Ekyn
12. Goodies - DIY stamped and packaging (by siblings, mom and aunty)
13. Personal wedding stamp - iKahwin.my
14. Bunting, kad jemputan, penunjuk arah, guestbook, button badge (2 pihak) - SR Creative 


15. Videographer dan Photographer - Batavia Studio
16. Hantaran - DIY (ideas from Fai decorated by siblings, mom and aunty)


Akhir kata penutup bicara, moga diampunkan segala dosa yang disengajakan ataupun tidak. Sesungguhnya klilaf itu datang dari saya dan kebaikan semuanya dari Allah.







Friday, October 9, 2015

Tips kempis perut nak kahwin!

Assalamualaikum..

Eh? Bulan 10 dah? tik..tok..tik..tok..58 days left..hurm...tak tahu nak rasa apa dah. Semua dah becampur. Macam air #misikempis perut aku ni.. Tak sedap tapi sihat. Hari hari yang tinggal ni nak jaga badan je..takot baju tak muat.hahaha Bila aku buat air detox or diet sume dok bising kata aku dah kurus, nak kurus lagu mana lagi..hahaha tu lah, korang tak paham perasaan nak pakai baju pengantin. haa...

Tapi aku pon tak paham gak apesal beria sangat nak kempis perut. Padahal testing hari tu pakai peniti jarum je, memang la peniti tu patah kalau kau pakai ketat sangat..huhu Serius la! peniti tu patah kot bila fitting masa aku gigih nak duduk untuk pakai kasut. T_T

Then I try do any possible method to get fit tummy. Here some of my tips:

1. I go on diet. 
yes. 'on diet'.. my friend like tak percaya I nak go on diet. And of course I know how to eat well. I guna prinsip "Breakfast like a KING, lunch like a Prince and dinner like a beggar". Tiap malam i makan salad + lime jus + thousand island + sos chili dan kalau rajin tambah telur pecah tu. Untuk elak cepat rasa lapar tiap malam kene tidur awal. Pukul 10 dah tidur..kalau lambat kompem lapaq balik bak hangg..


2. Tradisional way
banyak sekarang ornag share cara nak kurus, cara kempus perut...tapi I choosey skit.. I tengok jugak bahan bahan dia. kalau bahan tu mahal or susah nak dapat or tak sedap. i will skip those tips. hahaha contohnya kalau bahan guna bawang putih. memang I akan tolak mentah mentah..below, some ingridient I guna yang boleh masuk akal I lagi..teehee!

lemon, honey and green tea

rebus semua bahan dengan 1L air


Tapi bila tengah bernapsu tu, yg ni je pun I telan..lepas tu sibuk teguk air lemon berbotol botol..hahaha (don't follow my lead)

3. Senaman!
yeah..1..2...3..3 lagi.. ngee~ banyak sangat jugak jenis senaman ni sebenarnya.. tp I pilih yang mudah nak buat malam- malam sebelum tidur tu.. bukan nak kurus pon..nk kempis perut je.. better buat setiap malam..tapi sabtu ahda kompem ter-skip punya...tak pun kalau hari tu dah letih sangat..memang tak buat lee..hihi



part ni housemate aku dok gelak kan je -,-'




So, selamat mencupa ya bride-to-be sekalian!!!

Wednesday, September 9, 2015

Orchid Bakery by Nurul Haninah Abd Halim

Assalamualaikum..

This week I survey pasal hantaran dah.. so untuk kek adalah paling CHOP dulu nak pilih sebab sangat mahukan yang dari Orchid Bakery punya. Masa bufday hari tu dah request kat en Tunang dengan harapan dia akan make a surprise for me-- even I know he won't do itbut still I put little hope he will.hahaha and then....he's NOT buy it! ok bai.

So sekarang sesi balas dendam lepas gian kalah matganja nak kan kek Kak Nani yang sexy menggoda ni.. Member dah beli dan she's talk good about this and lagi lah I tegedik gedik nak makan kek ni..hahaha tak caya? Scroll bawah slow slow lepas to zoom in. Janji jangan nages!













Untuk apa-apa event pon In syaa Allah she can handle it. She not full time baker yet tapi dah pena masuk TV uolss..ha..kalau nak tanya harga, saiz, warna, delivery semua pls contact her directly. 

nurulhaninahabhalim

Nurul Haninah Ab Halim

 ✉️ WA only 0133456849 (haninah) 
­č嬭čĆ╗friday-sunday most hectic days 
­čÄéPartimeBakers 
­čĆáBased in Dengkil, Sepang


Friday, September 4, 2015

Perkara paling pening nak diuruskan dalam perkahwinan

Assalamualaikum,

Kalau baca tajuk pun mesti yang lain da takut nak kahwin kan? hahaha tak baik betul psyco orang gitu.. Dok aih.. Nikah kalau dalam Islam simple je.. Ikut rukun nikah :

  1. Calon Suami
  2. Calon Isteri
  3. Wali
  4. 2 orang saksi
  5. Akad (Ijab dan Qabul)



Tapi kalau nak nikah ikut ADAT+WASIAT+NAFSU+TREND+MULUT ORANG tu yang payah. So, yang nak cite sini memang cerita saja cari sakit pening lah..haha here is my list of source for my dizziness.. kalau korang tak pening, korang hebat! tak pun sebab korang hire wedding consultant kan?kan? *muka menuduh*

The very typical dizziness is managing the financial! arghh! tapi..tapi, do not take it easy ya.. benda ni memang kena rancang betul betul. Even though financial lepas kahwin. Kang ado yang makan pasir pulaks..dan yang paling teruk bila perang dunia ketiga kali bini..lagi haru!

Second is choosing colors. Some woman memang dah set dalam pale otak dia kawen nak macam mana, warna apa, dekat mana dan apa dia impikan tu semua senang nak cari. That easy. but tak tricky la..senang sangt!hahaha some others woman pula yang hire wedding planner or makayah yang dengan sukarelanya memberikan sepenuh idea dan keinginan mereka tuk decide majlis kahwin. Sampai adat usung pengantin keliling kampung pun dio nak buek kek tongah bandar. Ikut juga. Bagus jadi anak. Bagi aku, nak pilih warna ni pening sebab aku tahu kalau warna kuning, sebenarnya bukan warna kuning je yang ada. See below diagram. U will know what I mean! miahahahahaha!


The last thing that very the dizzy one is barang hantaran lelaki. Why? because he want nothing! Mentua dah baik hati nak kasi 9 dulang, apo den nak balas 11 dulang tu kalau anak dia pun tak tau apa dia nak?..hahaha  tak kelakar hokey. pening nak beli apa..yang makanan semua dah.. minyak wangi tak mau sebeb dia tak pakai. Mr Fiance pulak jenis apa dia tak pakai jangan la beli, nanti aku yang sakit hati..haha Since kenal dia bila birthday pun bila tanya nak apa, dia geleng je. Nampak macam senang, tapi tu lah..pening!

Dah..nak pegi hilangkan pening jap.
Bai.