rEadEr :)

Monday, May 7, 2012

Ditindih ketika tidur?



Assalmualaikum..


Aku dapat idea nak post entry ni sebab aku ada terbaca entry blog Kereta Mayat.. tajuk yang sama gak.. Tapi disebabkan aku yang lembab tak paham entry beliau yang singkat tu, kat sini aku nak jelaskan lah skit supaya aku pun lebih jelas pasal 'kena tindih' masa tidur ni..

Korang biasa 'kena tindih' semasa tidur? Atau sekurang-kurangnya korang biasa dengar  dari kawan-kawan korang yang mengalaminya. Biasanya, 'kena tindih' semasa tidur dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Situasinya begini; semasa kita sedang tidur, ada jin datang dan menindih kita hingga menyebabkan kita seolah-olah lumpuh seketika dan separuh sedar. Apakah benar kita ditindih oleh jin atau diganggu oleh makhluk halus? Atau bagaimana? Untuk memahaminya, mari kita baca artikel berikut:

Petikan dari wikipedia:
Kelumpuhan tidur @ Sleep Paralysis

Kelumpuhan tidur merujuk kepada keadaan lumpuh ketika tidur ataupun ketika bangun tidur. Mereka yang mengalami kelumpuhan tidur pada kebiasaannya akan mengalami masalah untuk menggerakkan anggota badan, tidak berupaya untuk bersuara dan sebagainya. Kelumpuhan tidur juga biasanya di datangi dengan halusinasi seram atau mimpi ngeri.

Kelumpuhan tidur berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar, selalunya akan tidak sedar sama ada mereka sedang tidur atau pun dalam keadaan jaga sewaktu mengalami lumpuh tidur. Ia juga kebiasaannya berlaku dalam kedudukan tidur melentang atau dada menghadap ke atas.

Gejala dan ciri-ciri

Secara fisiologi, kelumpuhan tidur berkaitan dengan REM atonia, kelumpuhan yang berlaku sebagai sebahagian semula jadi bagi tidur mata gerak cepat (rapid eye movement, REM). Kelumpuhan tidur berlaku apabila otak terjaga dari keadaan REM. tetapi kelumpuhan badan tetap berlaku. Ini menyebabkan pesakit berada dalam keadaan sedar tetapi tidak dapat bergerak. Kelumpuhan ini boleh memakan masa dari beberapa saat sehinggalah ke beberapa minit "dengan mana si pesakit mungkin akan mengalami gejala panik dan perasan yang khayalan tersebut adalah palsu". (diterangkan di bawah) Sebagai mana yang dicadangkan hubung kait dengan REM, kelumpuhan ini bukanlah sepenuhnya; penggunaan surih EOG menunjukkan pergerakan mata masih boleh berlaku semasa kejadian sebegini. Bila narkolepsi tidak hadir, kelumpuhan tidur dirujuk sebagai kelumpuhan tidur terasing (isolated sleep paralysis, ISP).

Lagi, kelumpuhan ini boleh diiringi oleh halusinasi seram atau (hipnopompik or hipnagogik) dan perasaan takut yang amat sangat. Ketakutan si pesakit terhadap kelumpuhan tidur utamanya datang daripada kejelasan husinasi yang dialaminya. Elemen berhalusinasi bagi kelumpuhan tidur membuatkan seseorang cenderung kepada menafsirkan pengalaman tersebut sebagai mimpi, kerana objek-objek yang tidak masuk akal mungkin muncul di dalam ruang bilik dalam pandangan mata kasar seseorang. Sesetengah ahli sains mencadangkan keadaan ini sebagai penerangan bagi penculikan makhluk asing dan penemuan hantu. Satu kajian daripada Susan Blackmore dan Marcus Cox (kajian Blackmore-Cox) dari University of the West of England menyokong pendapat bahawa laporan berkenaan penculikan makhluk asing adalah berkaitan dengan kelumpuhan tidur berbanding kelabilan lobus temporal.

ha,, tu je....tak de maknaya nak kene tindih-tindih hantu ni...hantu tak wujud la..hahahha (aku yang cakap besar..)

No comments:

Post a Comment