Ubi yang berbentuk kaki-google image sekadar hiasan |
Tipulah
kalau korang cakap tak suka baca berita@news paper samada online
ataupun paper..siapa tak baca maka ketinggalan lah dengan isu-isu semasa
yang berlaku disekeliling kita..orang lain cerita kita terpingga-pingga
tak tau apa-apa..apa yang menjadi kegemaran media sekarang meletakkan
tajuk yang gempak dan mencuakkan bak kata Arulchelsea, macam-macam hal yang mencuakkan..tajuk lain tapi isi yang sama..sebagai contoh;
Situasi sebenar : Seorang nenek pergi ke kedai membeli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.
Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."
Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"
Harakah - "Kami tiada beca."
Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."
Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."
Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"
Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."
Ibrahim
Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar
beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."
Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."
Faham
bagaimana sesuatu berita itu dihebahkan? lebih kurang begini lah
kejadiannya apabila pelbagai pihak mengambil peranan sebagai media
massa..so, macam mana kawan-kawan, gempak tak tajuk entry ni? (jangan marah ye...^_^)
No comments:
Post a Comment