rEadEr :)

Friday, March 25, 2011

'Ibu', tidak dapat diganti, tidak mudah dicari.


Pn. Normah bt Abu Bakar + her baby :)

Gerrr….gerrr…..gerrrrr…kedengaran bunyi mesin jahit ibu masih bekerja walupun waktu sudah menunjukkan pukul 2 pagi..

Ibuku adalah seorang wanita yang gigih, kuat bekerja, dan sangat penyayang.. Beliau akan berusaha sehabis keringatnya buat mengubah nasib keluarga.. Walau tiada pendidikan yang tinggi, itu bukan penghalang baginya.. hobinya berniaga..sejak dari kecilku, sudah pelbagai perniagaan kecil-kecil yang sudah diceburinya..

Dalam kesejukan subuh, ibu sudah bersedia ditaskanya untuk menyambut bayi2 yang akan dihantar.. botol2 susu ank2 kecil itu sudah tersedia rapi bagi memudahkn mereka menyambung tidur semula.. sementara menunggu, mesin jahit itu berbunyi lagi..Setelah menyambut bayi yang terakhir, ibu menyiapkan adik2 untuk kesekolah pula. Menyiapkan sarapan dan bekalan makanan mereka.

Tidak seperti ibu2 yang lain, ibuku bukanlah seorang yang pakar dalam masakan.hanya cukup untuk menambah selera dan mengenyangkan perut ahli keluarga. Mungkin memasak bukan ‘bidang’ ibu. Masih terngiang ketika 15 tahun yang lalu. Ibu seorang peniaga yang menjual bunga2 tanaman. Setiap pokok yang ditanam ibu semuanya menjadi. Bermula dari hobi, kebun bunga ibu menjadi besar dan pokok2 nya cukup subur untuk dijual. Mungkin air tanganya itu ‘sejuk’ sehingga semua tanamanya hidup subur. Hasil jualan itu dapat membantu sedikit sebanyak tanggunag ayah dan memenuhi kemahuan kami adik beradik.

Setelah selesai memberi makan kepada ank2 jagaanya, ibu berehat sambil melayan telatah ank2 kecil itu bermain. Baru sahaja hendak meletakkn badan di kusyen yang empuk, matanya terpandang jahitanya yang masih belum selesai. Beliau menggagahkan diri menyambung jahitanya semula sambil memerhati kelakuan anak2 kecil itu. Walaupun ibu sudah tidak mengambil tempahan menjahit baju, namun masih ada jiran2 dan saudara mara terdekat yang masih mahu menggunakan perkhidmatan ibu. Mereka lebih selesa dengan jahitan dan bayaran yang diambil ibu.

Tatkala ak terasa kecil kerana masakan ibu tidak sehebat masakan ibu2 rakanku yang lain, aku terfikir..adakah ibu mereka boleh menanam pokok sehingga menjadi subur dan berbunga harum? Adakah ibu2 mereka bisa menjahit baju yang memberi kepuasan dan keselesaan kepada si pemakai? Adakah ibu2 mereka boleh meringankan beban ibu2 lain yang berkerjaya dengan menjaga anak2 mereka? Tidak pada ibu2 kalian, tapi ya untuk ibuku…

Kerja2 seharian ibu diselangi dengan melayan pelanggan yang menghantar baju dan menjalankan tugas sebagai ibu kepada adik2 ku. Tidak lupa sebagai isteri kepada ayahku. Keringatnya yang sudah menjangkau 40 tahun itu masih digunakan. Beliau menjaga orang lain hingga diri sendiri tidak terjaga. Hendak diluahkan keletihan pada adik2 kecilku, aplah sangat pengertian mereka. Kepulanagn aku dan adk2 perempuanku yang lain dari asrama seperti satu kepulangan yang besar bagi ibu. Walaupun kepulangan kami tidak disambut denagn masakan yang enak, namun kami dijamu dengan ‘makan angin’ bersama keluarga. Senyuman ibu tidak akn terhenti bila melihat kami lima beradik bersama dirumah itu. Walupun riuh dengan gelak tawa mahupun pergaduhan kami adik beradik..namun ibu tetap tersenyum melihat ank2nya pulang.

Dan waktu itu jugalah tempat beliau melepaskan lelah dan letihnya. Sesekali ibu mangadu keletihan kepada kami, namun kami membalas dengan membawa pulang baju2 kotor yang tidak dicuci dari asrama. Keletihan itu disimpan lagi bagi menyediakan pakaian yang bersih buat kami. Sudahlah yang ada dirumah tidak memahami, yang baru pulang juga tidak Nampak keletihan itu.ibu bukan seorang yang mudah untuk jatuh sakit. Beliau juga bukan seorang yang mengadu domba jika kesakitan itu hanya sedikit. Ibu akan bertahan sehingga kerja2nya selesai.

Ibu : Kakak bole tolong ibu jage budak2 ni kejap tak? Ibu nak tido. Malam tadi ibu tidur lewat nak siapkan baju Kak Anis tu. Dye nak cepat.

Aku : ibu tidur pukul berapa mlam tadi?

Ibu : Pkul 6 pagi tadi baru siap, Kak Anis kate nak amik ari ni.

Baru sahaja ibu mahu dibuai lena, pintu rumah diketuk. Ada tetamu yang mahu menghantar baju. Dalam terpaksa, aku mangejut ibu. Ibu bagun melayan tetamu. Begitulah setiap hari yang dilalui ibu. Rutinya tidak setanding peguam yang menyelesaikan kes2 di mahkamah. Tidak juga sestaraf dengan ahli perniagaan yang membeli saham. Namun, itulah yang perlu dilalui ibu seorang diri setiap hari.

Waktu itu, abang(gelaran buat adik lelakiku yang sulung) disahkan dijangkiti demam denggi. Abang terpaksa ditahan wad untu beberapa hari. Abang yang sudah berusia 11 tahun pada waktu itu, digendong ibu. Walupun cukup berat, namun kasih ibu tu meringankan segalanya. Syukur kerna waktu itu aku sedang bercuti. Urusan rumah diserahkan kepada aku sepenuhya. Walaupun abang cukup dewasa untu ditinggalkan bersendirian, namun ibu tetap menemaninya. Tidak sesaat pun ibu meninggalkanya. Ibu menemani abang tanpa mandi mahupun bertukar pakaian sehingga ayah datang membawa baju ibu pada keesokan hari. Ayah yang menjadi orang tengah yang berulang alik dari rumah ke hospital membawa keperluan abang dan ibu. Waktu itu, ayah dan ibu bagaikan pasangan muda yang sentiasa bermesej.Ayah melarang ibu untuk menalifon kerna takut menggangu pesakit lain.

Petang itu, ak keluar bersama teman baikku dengan membawa motor skuter biru. Aku pulang agak petang. Belum sempat sampai kerumah, motor ku rosak, kebetulan ak kehabisan prepaid.

Aku buntu, namun tiba2 ibu menalifon.

Ibu : kau kat mane ni? Senja2 tak balik lagi?

Aku : Ibu! Sib bek ibu telefon, motor kakak rosak ni.x leh idop.kakak kat kedai runcit area umah Fai tu.

Ibu : Tu la, balik lewat2 lagi! Tggu situ, nnt ayah datang.

Sejak kemalangan itu, ibu sentiasa risaukan aku. Ibu kata, 2 ke 3 hari sebelum kemalangan tu, ibu teringatkan aku. Ibu tak sedap ati mengenagkan aku. Namun bila ak merahsiakan kemalangan itu, ibu biarkan sahaja kerisauan itu. Mungkin perasaanya sahaja. Hakikatnya, perasaan ibu benar, aku kemalangan.

Aku : kalau kakak tau moto ni wat hal, kakak x kuar uma tadi.

Ibu : alah, benda nak jadi.kite bukannya tau. Kau pegi la bawak kereta, bia ayah nagn ibu yang tolak moto ni.

Aku : x pe la, tak berani la. jaoh ni, nanti ibu sakit tumit lagi.

Ibu : tak ada lah. Da lama ibu tak berjalan jauh dan berpeluh. Bukan selalu dapat berpeluh macam ni. Dulu kalau motor rosak bila antar adik g skola, ibu menolak jugak.

Tidak, itu sume alasan ibu. Ibu memang selalu sakit2 tumit. Ibu kata mungkin kakinya tidak dapat menampung berat badanya lagi. Waktu itu, aku betul2 rasa bersalah. Jarak yang terlalu jauh dan beban menolak motor itu meyiksa ibu. Aku kejam! Sampai saja dirumah, ibu menenagkan aku kembali.

Ibu : seronok dapat berpeluh macam ni.

Setelah selesai mandi, ak lihat ibu memicit2 kaiknya sendiri. Rasa bersalh itu semain menebal. Ya Allah, apa aku dah buat ni..Aku tak kuat untuk pergi memicit kaki ibu kerna rasa bersalah masih berbuku. Kalau ak pergi, mungkin ak akan menagis dihadapanya.”Ibu, maafkan kakak”

p/s : mata ak dah kabur, tisu dah penuh atas meja.. huhu tak sanggup nak teruskan.

2 comments: