rEadEr :)

Thursday, September 22, 2011

ketakutan yang mengHantu..

Setiap hari aku mengalami ketakutan yang sama..
tatkala pergi dan pulang dari kerja..
ak terpaksa melalui jalan itu..
satu-satunya jalan untukku mencari rezeki..
ketakutan itu aku simpan sendri..
tiada pilihan kedua untuk aku menghindari ketakutan itu..
membuatkan aku menggagahkan diri..
mempertaruhkan nyawa dalam masa kurang dari 30minit..
setengah jam yang penuh debaran..
memikirkan seperti rumah itu adalah destinasi terakhir yang aku perlu tuju..


tergamakkah kalian melihat gadis seperti aku menunggang sendiri?
meredah hujan tanpa ada yang simpati?
dicengkam kesejukan pagi..
dipanah panas mentari..
dihimpit kenderaan gergasi..
tak, bukan itu yang aku takutkan..
bukan itu yang ak tak mampu redahi..

aku hanya seorang gadis menungang motosikal di jalan yang besar..
ketakutan aku pada si penunggang juga..
merekalah paling bahaya dan mungkin mengancam nyawa..
disebalik topi keledar itu, tersembunyi pelbagai rupa..
yang aku sendiri tak mampu meneka..
tatkala lampu merah menyala, aku ditemani penunggang lain..
ad yang menjeling, ad yang mengerling..

bukan kerna aku jelita..
bukan kerna tungganganku juga..
mereka hanya melihat itu..
ya..itulah yang menarik perhatian mereka..
beg tanganku diraga..
mungkin isinya tidak bermakna..
hanya telekung dan pencuci muka..
ataupun duit seringgit dua..

di jalanan, ak tak pernah percaya sesiapa..
tua, muda, mahupun wanita..mereka semua tak sama..
lebih baik aku berwaspada daripada terkena..
untuk menghindar, aku dah tak punya cara..
itu semua ketentuan-Nya..

namun, jika akulah mangsa peragut, 
ambilah beg itu dan biarkan aku pergi..
jangan sesekali kau menyepakku ketepi..
sehingga aku dilanggar lori..

Ya Allah, jauhkan aku dari perkara ngeri.. tabahkan aku dari ketakutan yang aku terpaksa lalui. Janganlah Kau biarkan ketakutan melampai ketakutanku pada-Mu ya Allah..Kau berikanlah sedikit semangat kekuatan para Syuhada sepertimana kekuatan mereka berjuang demi agama-Mu..


Ya Allah yang Maha Pengasih, jika sudah tiba masaku..Kau biarkan aku mati dalam keadaan sempurna jasad dan iman.. Sesungguhnya aku hanya manusia yang hanya menunggu masa untuk menghadap-Mu


Aminn....











No comments:

Post a Comment