rEadEr :)

Tuesday, October 4, 2011

Hangat! Nenek Mati Dengan Ubi Di Tangan

Ubi yang berbentuk kaki-google image sekadar hiasan
Tipulah kalau korang cakap tak suka baca berita@news paper samada online ataupun paper..siapa tak baca maka ketinggalan lah dengan isu-isu semasa yang berlaku disekeliling kita..orang lain cerita kita terpingga-pingga tak tau apa-apa..apa yang menjadi kegemaran media sekarang meletakkan tajuk yang gempak dan mencuakkan bak kata Arulchelsea, macam-macam hal yang mencuakkan..tajuk lain tapi isi yang sama..sebagai contoh;

Situasi sebenar : Seorang nenek pergi ke kedai membeli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian. 

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."



Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Faham bagaimana sesuatu berita itu dihebahkan? lebih kurang begini lah kejadiannya apabila pelbagai pihak mengambil peranan sebagai media massa..so, macam mana kawan-kawan, gempak tak tajuk entry ni? (jangan marah ye...^_^)

No comments:

Post a Comment