rEadEr :)

Wednesday, October 19, 2011

perjuangan itu...benarkah?

nampaknya, jalanku sudah semakin luas..namun luas tak bermaksud tenang...perjalanan yang luas ni mambuat aku berfikir sematagnya bagi mencari sebuah jalan yang benar-benar terbaik untuk dilalui..
bagaikan berjalan di dalam pusat membeli belah yang penuh dengan Sale! Rambang mata.. Semuanya bagaikan indah dan murah-murah belaka..

Aku perlu membezakan kemahuan dan keperluan.. Jika kekiri aku mungkin dapat hidup mewah, namun mewah tu bukan untuk selamanya.. Jalan ke kanan, berbaloikah aku menahan lapar untuk sesuatu yang belum tentu akan aku miliki? berfikir dan terus berfikir...semasak-masaknya..seempuk-empuknya.. ramuan kelebihan, kekurangan, risiko dan faedah yang aku akan terima..

Hidup ni tak susah. Berhenti untuk salahkan papan andai diri tak reti menari.. Kenapa salahkan kerajaan bila hutang denagn PTPTN menimbun? Tanya pada diri, kenapa tak belajar pandai2, dapat biasiswa free dari JPA. Bersyukurlah, ada yang sudi percaya pada kita untuk memberi pinjaman wang untuk menyambung pengajian..kalau tidak, lubang mana kan kau gali mencari sesen wang?

Masalah sosial mencanak naik dengan kes2 buang dan bunuh bayi bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan. Salah kerajaan tak jalankan hukum hudud? Negeri yang jalankan hukum hudud tu tak ada masalah sosial kah? tiada kes mencuri kah? Tanya pada diri..semua terletak pada hati sendiri. Kerajaan tak boleh buat 'upah solat' macam 'upah haji' untuk rakyat. Kerajaan tak leh tolong sebat anak-anak kecil yang tak solat. Itu cara ibu bapa dan didikan keluarga sendiri. Bersyukurlah, dan fahamilah. Jangan dipolitikkan agama itu. 

Jadilah golongan yang paling sedikit. Golongan yang paling sedikit itu ialah golongan orang yang bersyukur.
Kalau sempurna iman itu, dicampak kenegara kafir manapun, ia tak akan berubah. mungkin akan makin teguh! Jangan salahkan negara untuk diri mengejar cita-cita! jangan disalahkan kerajaan untuk mendapat sempurna iman! Apa yang nak diperangkan lagi kalau negara sudah aman? Manusia yang lupa akan sejarah, akan mengulanginya.. Jangan dibuang peristiwa lalu, jangan diundang derita dulu..

Bila harga petrol dan lain-lain barangan naik, dicanang pemerintah tak sebagus mana. Belajar melihat pasaran dunia. Belajar mencari fakta sebenar! Jangan diperuk dalam tempurung janji manis pembangkang yang tidak pernah maju. Sejak zaman Tun Dr. Mahadthir lagi dia disana. Cuba untuk mencari kesenagan diri sahaja. Pendirian berubah-ubah. Jika bagusnya dia, jika hebatnya dia, jika benarnya dia...kenapa masih ditakuk lama? Dimana perjungan dan janji-janji manisnya?

Petikan ini, suka untuk aku kongsikan "Don't ask what your country can do for you, ask instead what you can do for your country."- John F. Kennedy 


Apalah sangat kediaman megah di Putrajaya yang hendak diirikan. Setimpal dengan kerjanya. Mahu kau dimaki, dihina oleh rakyat yang tidak berpuas hati setiap hari? Mahu kau berdiri tatkala ada segelintir yang mahu kau pergi? Tanya pada diri. Kalau aku mahukan seperti itu, usaha aku mesti lebih apa yang pernah mantan usahakan. Fikirlah positif.. jangan kau simpan otak kuning kau tu dibiarkan berkarat!

Ya, aku memang sedang beremosi! terkesan dengan ujahan pidato-pidato yang bermaksud dua! Jika dua jari mereka menunding kesalahan kearah kerajaan, 3 lagi pada diri mereka sendiri! Setakat suara-suara kecil dibelakang tadbir, jangan diharap didengar orang..sampaikan dengan cara yang betul! usulkan dengan bukti2 yang sahih!

Aku pelajar..dan sedang belajar memilh jalan. melihat telatah menusia disetiap lorong kehidupan. aku belajar malaui pengalaman. belajar untuk meluahkan dengan cara yang terpelajar. Belajar mengekspresi diri dengan cara yang lebih berkesan!

Perjuangkanlah apa yang kau yakin benar, bukan apa yang kau dengar!

No comments:

Post a Comment