rEadEr :)

Sunday, June 17, 2012

Pelajar MMU Melaka bikin gempar

Assalamualaikum..

Gempar tak tajuk tu?hahha aku pon tak taw sangat cite sebenar sebab time tu aku tengah study... Masa kat umah tu memag aku dengar orang jerit2,, pas2 ad suara budak lelaki sorak2.. Member aku pon cakp "bola kot".. pehal lak bola siang2 ni...pas2 dia cakp plak.."ada sukaneka kot..".. so, kiteorang pon teruskan la mentelaah buku..

Lepas 15mnt cam tu housemate balik umah bg taw ada orang nak bunuh diri kat depan Emerald.. tekejut gile.. pas2 masing2 tarik tudung nak kuar tengok..tp sempat ag tanye "dah terjun belum?"..sebab kalau dah terjun ngeri pulak nak tengok an?

Masa kuar nak tengok tu, show dah abes.. cuma penonton je ramai lagi.. Korek2 cerita je dari penonton yang ada..tp masing2 x dgr sangat apa dia cakap...lagipon dia speaking.. Yang dorang taw dak tu baling pinggan... Bila tengok bangunan lelaki, penuh bersidai budak2 UTeM.. ada yang siap pegang nota lagi tu...maklumlah, exam week..tp hati nak tengok gak tu..

Here some video yang dishoot dari position yang ok la jugak..

Video Cubaan Terjun Bangunan di Emerald Residence, Melaka

Ni pulak aku amik dari Harian Metro:

MELAKA: Gempar apabila seorang pelajar wanita sebuah universiti swasta di sini, duduk di atas pagar beranda di tingkat tiga pangsapuri bersebelahan universiti berkenaan sambil menjuntaikan kakinya serta berkelakuan ganjil, termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, semalam.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi, pelajar berusia 23 tahun itu mengeluarkan kata-kata kesat memarahi polisi diamalkan universiti berkenaan selain melemparkan beberapa barangan kaca ke tempat letak kenderaan hingga merosakkan sebuah kereta.

Malah, lebih pelik apabila pelajar tahun akhir jurusan undang-undang itu menyanyi ketika duduk di atas berada berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan pantas pengurusan pangsapuri bagaimanapun mengelak kejadian buruk berlaku apabila kakitangan memasuki rumah itu menggunakan kunci pendua lalu menarik pelajar terbabit dari beranda.

Menurut seorang pelajar universiti itu, dia menyedari kejadian ketika keluar dari rumahnya di tingkat enam selepas terdengar sesuatu.

“Saya dengar seperti ada orang buang sesuatu lalu melihat dari kaki lima dan terkejut mendapati terdapat ramai orang berkumpul di bawah.

“Sebaik turun saya terkejut melihat seorang wanita duduk atas pagar beranda dengan kakinya terjuntai,” katanya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, pelajar wanita itu marah dengan polisi diamalkan universiti berkenaan.
Katanya, dia difahamkan, pelajar terbabit tidak tinggal di pangsapuri berkenaan sebaliknya rumah di tingkat tiga itu didiami rakannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Muhammad Koey Abdullah yang mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pelajar itu dipercayai mengalami gangguan perasaan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.


hah...ni statement dari pelaku tu..


p/s: only she n Allah have the truth! Don't simply judge..

(penegasan: INI BUKAN PELAJAR UTeM!)

No comments:

Post a Comment