rEadEr :)

Sunday, November 25, 2012

Birthday card untuk ucu sayang!

Assalamualikum..

Saya ada seorang pakcik yang kacak. Beliau adalah adik ibu saya yang paling kecil(tapi dia dah besa la). Beliau seorang lelaki. Nama beliau ialah Ikmal. Tapi nama glamour beliau Eiq je.. Beliau anak ke-5 dari 5 orang adik beradik ibu saya. Beliau berumur 3 tahun tua dari saya(kira sendiri).  Beliau sudah berpunya(kahwin) dengan pilihan hati beliau iaitu isteri beliau (maksu Malina). Dan setakat hari ini beliau sudah dikurniakan 2 orang kaca cahaya mata yang sangat comel iaitu Iman Qarmila dan Qhayla Amani.

Bersempena dengan hari lahir beliau esok, negara telah mengistiharkan cuti(esok kan ahad). Jadi dikesempatan ini saya konon nak sambut, tapi keadaan tak mengizinkan. Dan disebabkan kewangan pun tak mengizinkan nak belikan hadiah, saya telah hasilkan sesuatu untuk beliau....


Beliau adalah pakcik saya yang sangat ohsem, cool, baik hati, kacak, penyayang dan berbudi bahasa. (puji lebey nmpak..hahha) Beliau juga seorang yang kuat dan tabah. Beliau kehilangan abah dan mak (atuk ngn nenek saya) ketika umur 7 tahun lagi. Saya ingat lagi, masa beliau akad nikah dulu ibu dan maklong nages sambil cakap "adik kita dah besar." Tapi sampai sekarang saya masih tak paham apa maksudnya.huhu

Ok lah, apa2 pun, SELAMAT HARI LAHIR UCU!!! kakak sayang ucu sangat! muahh..muah!

#cara paling jimat nak sambut bufday orang tersayang. tapi harap bermakna :D

2 comments:

  1. tolong besarkan lagi gambo.. xjelas -.-

    ReplyDelete
  2. mane boleh besaw da..kang terlebih kotak..hahaha

    ReplyDelete