rEadEr :)

Friday, January 18, 2013

5 simple step for Birthday Handmade Card!

Assalamualikum..

7 Jan yg lalu adalah hari lahir Mr.O yang ke 23..tett~ dah tua dah dia..hahaha (tapi baru nak buat entry ni) :P Maaf la,,bukan nak show-off tapi dah xde topik menarik nak post.hahaha tak kan nak cerita kat korang hari ni aku buat nasik lemak buat kali kedua tapi still tak jadi pulak. hahaha eh, tercerita pulak! Tapi betul la,, tak taw apa silap kiteorang.. Aku buat dengan Jiema.. dah 2 kali.. nasik jadi tak masak..tu maknanya salah kiteorang ke salah periuk tu?haa.~ kiteorg da ikut betul2 resepi yg makcik Google bagi tu.. x jadi gak :( Dari x mkan, kiteorang masak bail nasik tu guna dapur gas je..xde la makan jelantah..kang x pasal berebut toilet..hahaha So, sape2 yang ada resepi atau tips yang terbaik..kongsi la ye..teringin sangat nak buat nasi lemak ni :)

Ok lah, dah2 la tu cite pasal nasi lemak. Meh aku cite pasal benda yang aku pakar pulak! hehehe (show-off lagi~) Buat2 kad untuk bufday memang kegilaan aku! Lagi-lagi untuk orang-orang penting dalam hidup aku. Tapi kad yang paling catik tu terhasil bila aku dah xde benda lain nak kasi..hahaha sebab bila ada duit, memang lah malas nak buat kad kan.... Dari aku bebel2 kat sini macam orang tak ikhlas, baik aku start tunjuk apa perlu buat..hehe

Langkah 1: 
Cari balik stok kertas warna korang yang lama-lama tu. Jangan nak belagak kaya sangat nak beli baru..padahal buat 2-3 kerat je.. cari la mana pon, adik korang punya bahan pendidikan seni dorang yang dah tak guna pon bole. mintak je..

ni stok aku yang dah bertahun. sejak 2008 kot. simpan lagi..haha


Langkah 2: 
Keluarkan bahan dan peralatan yang korang sedia ada seperti :

  • gam
  • gunting
  • pen
  • pen warna / highlight
  • stapler
  • cellophane tape (selotep) - pelik bunyiknye~
  • sticker note (agak-agak perlu)
  • dan apa2 bahan tambahan lain yang korang nak guna. contohnya: riben or glitter glue
Gunting tu sangat klasik ye..sayang nak buang. banyak berjasa tu :')

Langkah 3: 
Design dulu apa korang nak buat. kang jangan dah tampal baru rasa tak sesuai..dah nak buang..kan membazir. Gunakan kretiviti dan idea korang yang bernas2 tu.. Design dengan penuh rasa kasih sayang dan cinta..ececeh~
Tapi kalau dah kering sangat dgn idea,,korang bole lah tanya kat makcik Google.. apa guna ada internet..kan..hahha~

Card Making Corner.com ni salah satu website yang ajar detail cara nak buat kad.. Bahan yang dia guna pon tak de la merepek sangat..




Langkah 4:
Luahkan kretiviti dan kasih sayang anda!haha
  • Mulakan dengan sesi menggunting. pastikan apa yang korang gunting tu adalah bahan yang korang nak guna. Korang jang potong, pas2 terus tampal walaupun korang dah ada design.(untuk mengelakkan korang kekesalan sebab salah tampal!)
  • Susun bahan2 yang dah dipotong mengukut design korang tadi. Agak-agak tak sesuai, masih belum boleh  re-design kad tu mengitut citarasa korang. 

  • Bila dah puas hati, rasa-rasa tu lah kad paling santikk kat dunia, baru boleh start sesi menampal. Kalau korang guna gam cair tu, pastikan jangan letak tebal2..sebab nanti kertas warna basah dan akan mengubah struktur warna kertas warna yang korang guna tu..sila gunakan gam dengan berhemah ye...jgn sampai melekit satu meja.
  • Untuk sesi menulis ucapan dan luahan perasaan, korang boleh buat selepas potong bahan atau setelah menampal. Tapi pastikan bahan yang korang dah tampal tu boleh ditulis dan permukaanya tak basah sebab gam. Kalau basah, tunggu la sampai kering baru tulis.

Langkah 5:
Berpuas hatilah dengan hasil yang korang dah buat sebaik mungkin tu. Kalau rasa buruk juga, esok kuar la duit skit beli kad da siap kat kedai.. (kalau buruk tu, aku la cikgunye..hahaha) Tapi aku yakin korang boleh buat lagi cantik bila korang buat dengn ikhlas dan rasa penuh kasih sayang :) In syaa Allah.. Selamat mencuba!


Ni pulak antara kad-kad yang aku penah buat. Sebab perasan kad yang aku buat tu santikk,, so aku tangkap gmbar dlu sebelum hantar kat penerima..hehehe

Saiz kecil:
ni bufday member lama..
 Saiz A4:
kad bufday ayah! siap letak gambar lagi tu (depan)
D.A.D - kat sini kiteorang adik beradik tulis wish untuk ayah..

ni ufday Mr.O hari tu.. (bahagian atas)
aha,, ni yg full-tiba2 warna gmbar ni terang kan..hahha

2 comments:

  1. kreatif.. tq sbb dh ade idea tuk tlg anak buat kad hari guru.. thanks sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah.. harap dapat memberi inspirasi :)

      Delete