rEadEr :)

Friday, May 10, 2013

Sumpahan sempena Hari Ibu


"..kalau macam tu, mak nak sumpah korang jadi mak"

tu lah sumpahan ibu. puncanya bila kakak cerita yang lecture kakak penah kena sumpah jadi lecture bila dia tido dalam kelas. kakak dgn alang cuma gelak. sebab anggap-alah, jadi ibu..mesti la..sebab kiteorang perempuan..tak kan jadi ayah pulak..ibu ingat tak? masa kita satu family bergelap sebab blackout tu?
tapi lepas tu - lepas kakak pikir balik
kalau kakak jadi ibu
mampu ke kakak jadi sekuat ibu?
setabah ibu?
mesti sakit sangat hati ibu
bila kakak kecewakan ibu dgn perangai kakak yang tah ape2
marahkan ibu - bila pendangan kita berbeza
merajuk dengan ibu - bila hajat kakak tak ditunaikan
tinggi suara dengan ibu - bila kakak rasa kakak je yang betul
mesti sedih, mesti robek hati ibu kan?
tu baru kakak sorang
kalau 4 lagi macam kakak?...

kakak tak kuat nak jadi ibu
kakak tak kuat nak tanggung perasaan tu
ibu..maafkan kakak..

kakak ada satu je ibu
ibu la
walau kakak dah kecewakan ibu
tapi ibu tetap cium kakak
kakak dah marah2 ibu
ibu tetap peluk kakak
kakak dah merajuk dengan ibu
ibu tetap sambut kepulangan kakak
kakak dah tinggi suara dengan ibu
ibu tetap bersusah payah tolong kakak

bila kakak jadi ibu nanti
kakak harap kakak cantik macam ibu
garang macam ibu
kelakar macam ibu
masak yang sedap2 macam ibu
sentiasa ada masa untuk anak2 macam ibu
ajar anak ngaji macam ibu
kumpul duit dan berjimat macam ibu
peluk anak2 tak kira masa macam ibu
tak suka mengeluh macam ibu
ada cita2 dan berusaha macam ibu
kuat macam ibu
dan sumenye la
macam ibu.

kakak bangga Tuhan bagi kakak pinjam ibu
walau orang lain pon ada ibu
ibu dorang tak sama macam ibu kakak
 



kakak sayang ibu sangat.
SELAMAT HARI IBU PN. NORMAH 

No comments:

Post a Comment