rEadEr :)

Tuesday, June 11, 2013

TIPS PENGURUSAN KEWANGAN SUPER POWER

Assalamualaikum..

Aku jumpe tips ni kat facebuk lah...mcam berguna je... Hasil dari Nota kursus dari Dr Azizan Osman, Intensif Mentor Kejayaan dan Kejayaan,Setia City Convention Centre, 1-4 Februari 2013.
Tips ni cam berguna je untuk masa akan datang (sebab aku belum berumah dan bertangga..haha) So, this copy-paste tips is a guide for uolls n me at future :)



PERINGATAN: Sebelum memulakan simpanan di dalam setiap tabung, gaji suami dan isteri hendaklah disatukan.

Jadi, inilah dia 6 TABUNG yang kita perlu ada:

1.Tabung FFA (Financial Freedom Account)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Duit dalam tabung ini hanya untuk disimpan dan digunakan selepas kita pencen. “Kalau boleh, kad ATM, buku akaun tabung ni, pergi bakar. Kecemasan pun tak boleh guna duit yang ini!” hihi

2. Tabung LTSS (Long Term Saving for Spending)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Duit dalam tabung ni pulak adalah duit simpanan yang akan digunakan membeli barang-barang yang kita impikan 2-5 tahun lagi, seperti, smartphone iphone 5 ke, Macbook air ke, rumah banglo 3 tingkat ke, kereta besar mewah ke… Benda-benda yang kita tak boleh dapat sekelip mata tapi kena menabung duit dahulu la kiranya, itu dari pemahaman saya lah.

3. Tabung NEC (Necessities)
55% dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Seperti yang ditulis di dalam nota saya, segala barang-barang dapur, bil-bil, bayaran balik pinjaman adalah dari tabung ini. Masa kali pertama saya buat kira-kira, perbelanjaan rumah kami lebih dari 55%, errkkk! Camne tu? “Jadi, kena la kurangkan kos gaya hidup ataupun tambah pendapatan melalui bisnes”. Ooooo…

4. Tabung EDU (Education)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Ini bukan Tabung Pendidikan anak-anak tau. Tapi ini Tabung Pendidikan diri sendiri! Boleh gunakan duit dari tabung ini untuk membeli buku-buku (boleh dapat pengecualian dari cukai, tau tak? Dah isi ke e-filing?) dan menghadiri kursus-kursus untuk peningkatan ilmu dan kemahiran diri.

5. Tabung PLAY (Play Account)
10 % dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Haaa… Ni tabung yang PALING PALING PALING saya suka! Hehe. Sebab duit dalam tabung ini adalah untuk pergi “holiday”, “shopping”, “dating” (ehem ehem). hihi

6. Tabung CHARITY
5% dari keseluruhan gaji suami isteri hendaklah dimasukkan ke dalam tabung ini.

Jangan sesekali kita lupa untuk memberikan sedeqah/zakat/hadiah kepada orang lain kerana rezeki yang dianugerahkan kepada kita hanyalah pinjaman dari Allah kepada kita sebenarnya.

WALLAHUA’LAM. :)

credit to: https://www.facebook.com/sisappledelight

4 comments:

  1. Entri terbaik untuk mengurus wang. Kita tak tahu masa depan macam mana. Studioous.blogspot.com

    ReplyDelete