rEadEr :)

Thursday, June 6, 2013

tulang belakang

Bila aku dah mula putus asa- dengan perkara-perkara penting
Aku jadi x tentu arah.sampai tak tahu mana nak dirisaukan dulu. 
Smpai menangis sbb dah hilang kekuatan. 
Sampai merapu mcm orang dah tak de pedoman. 



Bila aku jadi cam tu- ni la muka orang yang paling marah.
paling benci bila aku hilang arah. 
Mukanya jadi begini la-terzahir dalam suaranya. 
Dia akan maki herdik aku
sampai lah aku sedar diri-
dan sampai dia dah tak dengar esakan aku lagi

Lepas aku dah tenang- dia pula yang menghulur maaf
atas maki herdiknya tadi
walhal ia untuk aku
Suaranya lembut kembali memujuk
Dia kata tak ada yang tak sakit untuk senang- 
dia suruh aku tenang sebab dia ada untuk aku. 

Terima kasih menjadi tulang belakang aku yang kukuh-
setakat ini.

No comments:

Post a Comment