rEadEr :)

Thursday, December 26, 2013

Playboy itu laki kau?

Assalamuaikum...

Kenapa "Playboy itu laki kau?" yela..sebab aku belum kahwin..mana ada laki lagi..gagaga 

kirkk.krikk.krikk....... (munyik cengkerik)

Ok, tak kelakar pun--


Fine. Aku baru lepas tengok episod akhir cerita ni.. Dari awal lagi memang aku rasa ada yang tak kena je dengan cerita ni...tapi aku nak gak tengok mana tahu kesudahannya LOGIK dan memberi BANYAK pengajaran..kan?

Sampai ke sudah...satu soalan aku tanya balik kat depan tv tadi.. "tu je?" 
nasib tv tu tak menjawab "tu je la...kau nak feeling lebeh-lebeh pegi baca novel la!" 

Serious la.. manusia buaya (PLAYBOY) sebenar bukan macam Raja Adrian Benjamin ok gurls! Jangan nak buta kayu, buta hati sangat! My momma said, perangai buaya darat ni sebenarnya tak tumpah- memang sebijik sangat macam PENAGIH DADAH! Addiction dia tu tahap memang susah nak dipisahkan..
MELAINKAN muka si buaya darat ni dah herot! gigi dah rompong! hidung dah rata! or kaki dah tempang!! barulah mereka sedar diri yang kekacakan mereka yang Allah bagi tu BUKAN untuk sakitkan hati perempuan.

Iya sayang-sayangku...Aku tahu kalian sayang, kalian cintakan buaya tu.. Tapi sorry to say ye..Korang bukan Afina Aulia! Cuba jawab soalan aku ni- berapa lama korang bagi masa untuk lelaki buaya korang tu berubah? Bagi aku jawapan dalam bentuk tempoh waktu yang tepat. Tak yah bagi tahu aku la, korang jawab sendiri soalan ni cukup.

"Aku akan tunggu sampai Tuhan buka hati dia"
"Aku sayang dia..aku akan tunggu sampai bila-bila"
"Aku bagi dia masa..aku tahu dia akan berubah"
"Dia sayang aku..satu hari dia akn berubah.."

Kalau salah satu ayat tadi adalah jawapan korang, pikir lah balik... Kau kira berapa tahun dah kau sabar, kau tambah lah dengan sabar yang kau tak terhitung tu. Kalau sakitnya untuk sabar dengan perangai buaya dorang tu kau SORANG je yang tanggung, kau teruskan lah bersabar sorang-sorang. Tapi kalau sabar kau tu buat mak bapak kau sakit hati, kawan-kawan kau nak berbulu, anak kau mengais tak bersusu..STOP IT!

Setia dan bodoh tu perkara yang berbeza. Tolong lah kakak, adik, makcik dan sahabat-sahabatku. Aku bukan menghasut, akau bukan nak meruntuhkan rumahtangga sesiapa..apatah lagi nak mengata sesiapa. Cuma tolong lah jangan bagi muka kat buaya-buaya darat ni. KERASAKAN HATI! Duga hatinya-- lelaki ni macam rama-rama...makin kau kejar makain jauh larinya. Kalau kau pergi, atas batang hidung ni dia bertenggek. 

Aku tahu korang faham maksud aku.

Tapi kalau kau pergi setakat sehari dua, makin seronok lah dia. Makin bertambah lah Multi-Level-Flirting dia. Pergi biar lama..pergi biar dia rasa sakitnya menanti.. pergi biar dia rasa kosongnya hidup tanpa korang, pergi dia menderita sakitnya rindu. Kalau betul dia sayangkan korang, dia akan balik..tapi bukan sebab dia dah tak laku..dorang akan balik sebab dia betul-betul cintakan korang..dia betul-betul dah berubah. Dan masa dorang dok merayu ni lah korang ikat dengn "UNBREAKABLE PROMISES"(ececehh...)-- cakap kat buaya tu ni PELUANG TERAKHIR korang bagi peluang kat dorang. Lepas ni kalau buat lagi, kau tak akan balik lagi kat buaya tu! Janji ni bukan untuk buaya tu je..untuk diri korang sekali!!

Apesal? takut nak buat? takut buaya tu betul-betul pergi? so what?! nak pergi terus pergi la! Percaya yang kau boleh hidup lebih bahagia dengan lelaki lain yang lebih menghargai korang! Kau boleh hidup sendiri! sebelum kau kawen, sebelum kau kapel, hidup je kau...tak yah nak poyo sangat pagi ayat "aku tak boleh hidup tanpa dia" kat aku la wey... 

Kalau yang dah ada anak tu, aku percaya..anak-anak tu la penguat. Kalau jodoh kau memang dah tertulis kat Luh Mahfuz nama si buaya tu dengan korang, dia akan dianggalkan tabiatnya tu..korang akan hidup bahagia sampai syurga.. Tapi masalahnya sekarang, korang sendiri tak tahu apa yang tertulis dalam buku takdir korang kan?Ape lagi, angkat kaki la..buat apa simpan buaya sedap mata memandang tapi hati sendiri membusuk!

Ingat, ada bezanya tidak taat dan derhaka. Kau dah buat semua kewajipan kau kat suami - kau isteri taat. Tapi bila dia buat kau cam tiang rumah tunggu dia balik lewat malam, tengok dia mesra-mesra, then bila kau tegur/marah dia sebab buat perangai buaya- kau derhaka tak? Aku tak de jawapan. Tanya alim ulamak untuk pencerahan.

Ok lah, kalau korang nak jugak bersabar kan...aku tahu..hati wanita ni sangan kuat bila bab sabar dan sayang ni... Contoh la..ni contoh ek?

- Masa couple, dia janji nak berubah lepas kawin..
- First year kawin, dia buat perangai lagi- korang accept as "dugaan diawal perkahwinan"
- Bila korang mengandung smpai la berpantang, dorang buat lagi perangai - korang accept lagi as "aku tak dapat layan dia sepenuh masa"
- Bila anak sekolah rendah- dorang selalu tengok korang gaduh, tapi korang sabar lagi sebab pikir anak masih kecik..dorang tak leh hidup tanpa ayah..
- Bila anak dah remaja- sekolah menegah- tahap sabar korang dah limit. last-last cerai. Anak tak boleh terima keputusan korang- pastu anak buat perangai sebab mak ayah dah tak kisah.

So, sekali lagi aku tanya..sampai bila sebenarnya sabar korang tu? Sampai jadi macam ni? Bak kata orang, biar menagis sekarang, jangan mengis seumur hidup. Kang bukan laki je kau tangiskan..dengan perangai liar anak-anak pon kau raungkan. Kau bagi lah dia air jampi apa pon, kalau dah perangai dia cam tu..kalau hati dia sendiri yang tak nak berubah. tak guna. Doa kat Allah supaya hati dia lembut..kau tak hidup depan mata dia pon kau boleh doa lagi.. Doa tu bukan macam WiFi..ada limit pulak untuk sampaikan doa..tak... korang tak serumah dengan dia pon kau boleh doa lagi.

Aku bukan nak tunjuk bagus, tapi aku geram! geram tengok cerita Playboy Itu Suami Aku ni..geram tengok  status-status korang yang sangat baik dan sabar tu. Makin sabar makin dihenyak-henyak pulak! Korang jangan geram kat aku pulak..aku tujukan ni untuk semua wanita dan perempuan. termasuk diri aku.. Mesti korang rasa- "eleh, kau kawin pon idak..mana tahu pasal benda2 ni.. taip ikut sedap jari je! kau rasa sendiri satu hari nanti baru padan muka!"

Jangan la..jangan doakan aku cam tu..sebab aku pun tak tahu apa tertulis kat buku takdir aku.. Tapi kalau korang nampak benda ni terjadi kat aku..tolong la sedarkan aku..tolong la nasihatkan aku. Aku merayu sangat-sangat.  Hati wanita ni kuat sebenarnya, perasaan tu je yang buatkanya lemah.

Pesan aku lagi sekali, jangan la biarkan hati wanita tu diperkotak katik. Hati korang sakit, aku pon rasa perit tahu? Wanita pon ada hak buat keputusan. Ingat, makmum yang pilih siapa imamnya bukan imam yang pilih siapa makmumnya. Dan tak berdosa korang kalau tak patuh pada suami yang buat maksiat. Aku harap sedikit sebanyak aku dah tolong korang- supaya satu hari nanti korang akan tolong aku balik.

In syaa Allah.. yang baik tu dari Allah, yang kurang itu dari khilaf aku sendiri..


 p/s: haa..kan aku da membebel~


No comments:

Post a Comment