gambar hiasan |
kahwin.
dari satu sudut
kahwin itu indah
bila dua jiwa yang saling mencinta
dapat disatukan dengan cara yang sehalalnya
dari satu sudut lain
kahwin itu pergi
sudah punya jarak tersendiri
antara diri dan keluarga
tak lagi mampu tertawa bersama mereka
saat sedang tersimpuh menuggu sang suami
dari sudut yang lainya pula
rasa masih belum layak
untuk menjaga dan dijaga oleh orang yang bukan darah daging sendiri
tak yakin dan tak punya percaya
mampu menampung tugas sebagai isteri, ibu apatah lagi menantu
tak lupa juga sebagai ipar dan biras
dan dari satu sudut yang lain
bila beria disuruh kahwin itu
rasanya seperti mahu dihalau pergi
tak mahu lagi diri membebani sesiapa
apatah lagi bila persiapan dipaksa paksa
tarikhnya juga belum tentu, sudah dikerah merombak bilik
sudah disuruh membuang gambar keluarga
hakikatnya
aku tak mahu pergi lagi
aku belum puas berjasa
aku belum puas bergelak tawa
aku belum puas menjadi anak
tapi
demi menjaga hati
menjaga maruah
menjaga mulut orang mengata
aku redha
walau zahirku tidak bersedia
moga perjalanan ini
membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan dariNya--
aku berserah jiwa dan raga.
No comments:
Post a Comment