rEadEr :)

Tuesday, August 25, 2015

Borang Kebenaran dan Pendaftaran Nikah

Assalamualaikum..

Since few days ni memang dok browse website Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS NCR Online) je sebab nak update details saksi borang..tapi hampa.. T_T sebab website tu tengah down..mybe untuk upgrade untuk kesenagan akan datang mungkin -,-'
Mintak mintak la nanti bila En Tunang dah settle part borang dia webite tu dah boleh access.. terus print je.. tak de tangguh dah..

Yang dah kahwin mesti ada yang pelik kenapa isi online kan? Because since bile tah JAIS dah tetapkan borang semua isi online. Lengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan dulu..dah cukup semua baru boleh print borang yang dah lengkap (boleh diisi bila-bila masa) untuk dapatkan pengesahan berkahwin (mengikut kariah dan mukim) ditempat nikah.

So, untuk negeri Selangor (sepaham aku la) selepas borang yang sudah lengkap dan disahkan (cop dan sign) oleh kariah masjid, dalam masa 14 hari perlu lah dihantar ke Pegawai Pendaftaran Nikah (PPN) untuk didaftarkan pernikahan tersebut berserta 2 orang saksi (yang tandatangan dorang diperlukan) untuk megesahkan borang yang diterima PPN. Kalau terlepas dalam masa 14 hari tu borang dikira expired dan perlu mengisi semula (kene jumpa dan mintak cop kariah tu balik) - memang leceh so be alert!

[ Isi borang online - prepare dokumen sokongan (beserta borang lengkap pihak lelaki) - print borang lengkap - (dalam masa 14 hari) dapatkan tandatangan kariah tempat mustautin - hantar borang lengkap ke PPN bersama saksi borang (2 orang) - semak status pendaftaran sebelum tarikh nikah ]

Untuk lebih lanjut nanti kita semak balik website NCR Selangor bila dia dah up ye..hihi


Tapi untuk en Tunang (dari SPPIM Negeri Sembilan) procedure dia lain pulak.. sebab dia ikut negeri. Kalau cik abg awak jenis busy keje memanjang tu tolong tolong la igatkan dia ye.. kang ado yang tak dapat kahwin..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE (BNO)
1Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
2Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.
3Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
4Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
5Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.
6Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
7Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
8Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
9Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

No comments:

Post a Comment