rEadEr :)

Friday, August 7, 2015

What I want to do before married.

Assalamualaikum..

Banyak sebanarnya. Tak tertulis pun..post ni pun dah 2-3 kali amend tapi tak siap siap.haha Sebab list tu macam list What I want to do before DIED! hahaha sebab sume benda takut tak sempat buat. Macam lah lepas kawin tu kaki kena gari kat rumah je kan..menade je itew ni!

This list is my own goals ye girls..just to share it.

1. Tak tinggal solat & solat awal waktu!

"Ya Allah...yang akan dibina tu nanti adalah 'masjid'. fungsi masjid itu sendiri adalah sebagai rumah ibadah. Tak kan lah se-asas asas fungsi pun kita tak boleh nak buat. Kalau kita yang bina masjid tu pun tak solat dan melengah waktu, apatah lagi bakal makmumnya. Anak zuriatnya.  Sedih rasa bila kita sediakan sesuatu untuk seseorang tapi tak diguna pakai. Surau lama yang usang terbiar tu pun kita tengok syahdu kan.. " - dari aku, dan untuk aku.

2. Berjasa untuk ibu bapa

Habis degree umur 24tahun, kerja setahun lebih dah decide nak kahwin. Simpanan ada tiap bulan. Tapi selalu guna untuk emergency case - paling banyak keluar bila kereta rosak. Tapi Alhamdulilah, duit tak pernah lekang..kalau habis betul pun mesti ada je yang tolong hulur. Sebab dulu aku baca ada satu kisah tu, citenye panjang..erm..ok cite skit lah..

"Ali sudah lama tak balik kampung, satu hari mak dia call cakap tak sihat. Dia nak balik tak ada duit, lagipun tengah bulan.. anak anak pun dah merengek nak jumpa nenek. Kebetulan bulan tu sesak sebab dah hidupkan road tax kereta. Tapi sebab mak dia tak sihat dia gagah pinjam kawan duit RM50 sebab nak balik kampung. So ada lah dalam RM150 cukup pergi balik tol dan minyak. Bila nak balik tu, dia ada tinggal RM20 je..RM10 tol, so dia hulur mak dia RM5..sambil cakap "maaf mak, bulan ni ali ada ni je, bulan depan Ali bagi lebih sikit ye.." mak dia senyum and amik duit tu..lepas tu mak dia hulur balik RM50, "ali amik la ni, buat belanja jajan anak anak, mak tahu kau tengah sempit.." Ali pun nagis kat situ sambil peluk mak dia.

Dari kisah ni lah bila aku kerja, mesti bagi mak ayah aku duit. Aku tahu nilai aku bagi tu sikit, sesak mana pun aku nak kumpul duit tok kawen, aku mesti hulur jugak kat diaorang. Bagi aku, diorang adalah tabung saham akhirat aku. Setiap kali aku bagi, ibu mesti cakap "moga Allah luaskan rezeki kakak"  - nah! kan besar doa ibu tu ibarat doa Nabi kepada umatnya. Direct terus. yg penting, ikhlas.

But, 'berjasa' bukan maksud bagi duit je. masa kita, kegembiraan kita, tenaga kita.. semua. Sebab dah kawin nanti schedule kita nak balik umah mak ayah tak macam masa bujang. kan?

3. Be your siblings best friends!

Ni susah sikit lah. Aku tak taw napa aku susah skit nak 'in' ngan adik adik aku. Kadang dorang gelak kekek kekek dengan lawak tu. Sampai kuar air mata. Aku blur tak paham apa yang lawak sangat tah. Lepas tu aku jenis kakak yang tak cool..asik hot je. hahaha suka bebel. Padahal aku cakap dulu sebelum mak ayah aku bebel. Aku pesan dulu before its turn up dorang susahkan mak ayah aku. Tah la...memang payah la,,tak taw nak wat cane da.. waa! (nages kuat kuat) kawen nak dekat dah, tapi nak dorang cite masalah kat aku lagi la tak nye..

4. Enjoy freedoms as single woman.

More to hangout dengan officemate tengok midnight movie, melancong jauh jauh dengan bestfriend, lepak-borak-gosip dengan kawan sekolah sampai 2pagi. Selagi ada aktiviti dorang buat aku nk join.hahaha tamak pun ado. but still kene balance with famili and en tunang. tak kan nak bia dia buat preparation sensorang pulak kan..haha

Alhamdulillah mr fiance saya sangat memahami sebab dia bagi je saya pegi mana mana ngan kawan kawan saya. teehee! ayat mengampu sgt!

Lagi satu, duit gaji kita tu spend la skit untuk beli apa kita nak..barang berjenama..tapi jangan jadikan hobi pulak..every month nak shopping Gucci. Mati kau nak. Tengok keadaan la.. Kalau kasut kau beli kat kedai Ah Weng tu kau memang suka lanyak tiap hari, sampai tiap 2 bulan kena beli baru, dah boleh la beli yang mahal sikit.. boleh la tahan lama sikit kot..haha

5. Plan after marriage life.

I did this! ni je yang aku banyak plan..haha sampai wedding plan aku terkontang kanting. Lagi lagi bab kira komitment lepas kawin..hihi kena prepare awal awal..tak de culture shock nanti. Begaduh pulak siapa nak bayar itu ini. Sebab dua dua kerja, so kena TOLERANCES. But still, husband kena ada CONSIDERATION ya..sebab isteri kan pembawa rezeki. Sakit hati isteri, Allah tarik rezeki awak nanti..mihmih

So, thats it for now. Yang lain kalau ado den teringat den tambah kemudian la yo..hihi









5 comments:

  1. Ann, aku sentiasa follow cerita kau bab2 kawin.. May Allah ease your way to get married!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you nora..tq sesangat! hihi aku igt xde yg nk bace da..kiki

      Delete
    2. Ish ada la, please keep blogging ek. Best baca kisah2 kau :)

      Delete
  2. salam. :) Blogwalking sini!
    Seronok baca pasal wedding prep ann!
    Good luck and have fun with it yeah!

    ReplyDelete