rEadEr :)

Tuesday, December 15, 2015

Raikan Cinta Aliff & Ann

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaNya, majlis kedua-dua belah pihak sudah selesai. Post kali ni, saya nak khaskan buat semua yang terlibat dalam majlis saya secara lansung atau tidak lansung.

Saya mulakan bagi majlis nikah dan sanding disebelah perempuan yang bertarikh 28/11/2015.

Buat ayahanda dan bonda saya yang terutama,
Terima kasih kerna besarkan kakak, didik kakak dan bagi kakak sebuah kehiduapn yang cukup sempurna. Dan setiap titik peluh, wang dan tenaga yang ayah ibu hulurkan bagi kehidupan dan menjayakan majlis kakak ni, bagi kakak terlalu luas melebihi langit, tak terbayar bergunung emas, tak terbalas berpuluh keturunan. Kakak bersyukur punya ayah punya ibu dihari bahagia kakak.
Terima kasih juga atas restu. Terima kasih kerna percayakan Aliff untuk menjadi teman hidup kakak.
Terima kasih yang tak pernah cukup untuk diucap buat kalian.


Buat adinda-adinda tercinta,
Selalu kakak idam menjadi yang sempurna buat kalian. Memberi apa aja kalian mahukan. Memeluk pada setiap kejayaan dan memangku pada kegagalan. Kakak selalu mengharap kalian percayakan kakak seperti kalian percayakan kehadiran ibu ayah tiap masa. Kalian tahu, kalian pesaing terbesar dalam hiduap kakak untuk berjaya. Selalu irikan angah dalam kebijaksanaan dia, selalu cemburukan alang dengan caranya menambat hati ibu ayah, selalu idamkan kegigihan abang mencapai apa dimahu dan kakak sentiasa mahu menjadi adik dalam setiap apa yang adik ada. tamak kan?
Terima kasih sebab jadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Terima kasih membantu walaupun korang letih dan penat. Terima kasih sebab sayangkan kakak.

Buat makcik pakcik dan sepupu sepapat
Yang seawalnya datang menghulur tenaga, yang tak megharap dibalas segala lelahnya, yang tak mengungkit apa diberi, yang seikhlas berdoa kebahagiaan dan yang sentiasa aku anggap pakcik dan makcik walau talianya sudah tiada. Sumpah, kakak tak cari siapa yang pernah kakak datang kendurinya dulu. Kalau ada, Alhamdullilah.. kalau tak ada, mungkin majlis ini bukan rezeki kita untuk berjumpa. Nak disenarai nama mereka, tak perlu rasanya. Berjuta terima kasih dari Yanti, suami dan keluarga. Moga Tuhan membalas berlipat kali ganda.

Buat kenalan dan sahabat handai
Terima kasih jagakan aku. Kalian terima compang campingnya aku namun masih setia menjadi sahabat. Terima kasih buat doa, buat nasihat, buat segala macam pertolongan dan terima kasih kerana ada. Sungguh aku cuba balas apa mampu. Tapi aku tahu Tuhan membalas lebih besar dari mampunya aku. Kalian dalam doa, terima kasih kerana ada dan memeriahkan majlis dan hidup aku.

Buat suami,
Terima kasih kerna sudi mengambil aku sebagai isteri. Terima kasih kerana merialisasikan setiap impian dan keinginan aku. Terima kasih atas kasih sayang dan kesetiaan. Terima kasih buat aku ingat akan Tuhan dan berbanyak-banyak terima kasih kerana sabar.

Dan tak lupa, buat vendor-vendor yang meng-vouge-kan lagi majlis. Terima kasih atas kerjasama.


1. Katering - Udaimatunnur Katering


2. Set Baju Nikah dan Sanding - Udaimatunnur Butik



3. Pelamin - Udaimatunnur Butik

4. Dewan Nikah dan Sanding - Udaimatunnur Butik

  
5. Kek Kahwin - Udaimatunnur Katering


6. Homestay pengantin lelaki - Udaimatunnur Katering

7. Veil Nikah - Raudhah.my


8. Nikah Wedding Heels - ChristyNg


9. Kek hantaran lelaki and perempuan - Orchid Bakery by Nurul Haninah


10. Photobooth - DIY (decorated sibling and cousins)
11. Guestbook - DIY by ayah and Ekyn
12. Goodies - DIY stamped and packaging (by siblings, mom and aunty)
13. Personal wedding stamp - iKahwin.my
14. Bunting, kad jemputan, penunjuk arah, guestbook, button badge (2 pihak) - SR Creative 


15. Videographer dan Photographer - Batavia Studio
16. Hantaran - DIY (ideas from Fai decorated by siblings, mom and aunty)


Akhir kata penutup bicara, moga diampunkan segala dosa yang disengajakan ataupun tidak. Sesungguhnya klilaf itu datang dari saya dan kebaikan semuanya dari Allah.







No comments:

Post a Comment