rEadEr :)

Saturday, February 25, 2012

yang tak terluah..


pabila aku dewasa
aku dibebaskan untuk belajar
sesuatu yang perlu aku tuntut
dari pengalaman hidupku sendiri

pabila aku dewasa
tak mungkin aku mampu sendiri
bila kesedihan mula menambah rasa
dan cinta juga melakar coraknya

pabila aku dewasa
benar, aku ingin berdua
berkongsi semua yang kita lakukan bersama
dengan kau si Rangga

pabila aku dewasa
hidupku bukan lagi hidupmu
aku mahu berdiri diatas kakiku
jangan kau papah diriku lagi

pabila aku dewasa
biarkan aku berlari mengejar mimpi
jangan kau khuatir
aku akan bangkit berdiri

pabila aku dewasa
cukuplah pengorbananmu setakat ini
meski aku perlu cinta
jangankan kau beranggap aku perlu budi

No comments:

Post a Comment