rEadEr :)

Tuesday, May 29, 2012

Yang sulung tu yang pertama...

Assalamualaikum..

PERHATIAN! Entri ini mungkin mengandungi unsu-unsur emosi. Namun bukan melibatkan semua pihak.. Hanya yang memahami akan mengerti..

Hampir 22 tahun dahulu, akulah permata hati pertama mereka. Akulah kebaggaan pertama mereka.. Akulah bukti kasih dan cinta mereka.. Aku bersyukur, lahirku diterima ibu bapa dan sanak saudara.. Lahirku dilengkapi makan dan pakai.. Lahirku, dilengkapi anggota dan deria..Alhamdulilah..
Tangis malam pertamku juga membuat mereka terjaga.. Sakit demamku juga membuat gundah hati mereka.. Akulah madu kalian, akulah juga racunya..

Kasih bagai menatang minyak yang penuh itu aku rasai tidaklah lama..bukan kerna aku dibuang keluarga.. bukan juga kerna aku kehilangan mereka.. Ini kerna ibu mengusung cahaya mata kedua. Bagiku yang baru berumur 2 tahun, itu adalah berita paling gembira.. Aku lansung tak terfikir kasih mereka akn terbahagi dua..

Begitulah puncanya.. bermula dari aku seorang, hingga kini kami berlima.. Zahirnya akulah yang paling utama.. Hakikatnya, akulah yang terakhir diantara mereka.. Demi Allah, aku tidak pernah bencikan mereka, namun tatkala emosi membisik, aku tertanya kenapa aku dilayan begini? Dimana kasih dan perhatian yang dulu? Dimana aku dihati kalian?

Tatkala aku bersedih diejek pendek dari adik-adikku, ibu memujuk.."Anak sulung memang la kecik sikit, sebab rahim ibu baru lagi nak mengembang ikut saiz badan baby..".. aku terima, itulah kata-kata yang membuat aku memujuk diri sendiri...Kejayaan aku juga tak seberapa dibandingkan mereka..SPM dan PMR aku dulu A tu adalah seketul dua.. tak macam mereka..

22tahun dulu, aku bagaikan puteri...permintaanku tidak pernah ditolak..rajukku tak pernah tak dipujuk.. Namun itu semua dulu.. cerita lama..sudah basi mahu kias orang.. Aku diasah untuk mererima hakikat,, aku perlu mengalah untuk 4 lagi anak-anak mereka.. Aku bukan lagi satu-satunya yang istimewa..

Dulu, aku pernah memberontak.. kerna rasakan kasih kalian tidak lagi untuk aku.. aku marahkan adik-adikku kerna aku rasa mereka punca aku tidak lagi permata mereka. Apapun aku tak ingin untuk berkongsi, ini hartaku...tak cukup lagi setelah kau curi ibu bapaku??

Maafkan aku adik-adikku, benar lagi kata ibu.. Benci mana paun aku pada mereka, hanya mereka yang aku ada.. hanya mereka yang akan setia.. kerna air yang dicincang itu tak kan pernah akan putus..

Maafkan aku adik-adik...kerna tak mampu menjadi kakak yang baik.. aku hanya mampu mencuci najis kalian ketika aku masih bersekolah.. aku hanya mampu mendodoi kalian ketika ibu sedang bekerja.. aku hanya mampu mengendong kalian ketika ibu sedang didapur..

Maafkan aku adik-adikku sayang.. tangan dan kasih ini tak sehebat kasih ibu dan ayah.. Dan mungkin sebab itu aku tak selayaknya dihormati dan dihargai.. Namun aku merayu, janganlah kau membenci aku yang tak sempurna ini.. Aku juga punya rasa..aku juga punya hati..

Disebalik kesedihan ini,, terpalit besar rasa bangga aku menjadi yang pertama.. AKU, adlah pembantu cilik pertama ibu..AKU ada bersama mereka ketika perih dan sakit mereka membina mahligai yang sedia kalian diami..AKU, sentiasa membela kalian tika perselisihan faham mereka.. Walaupun tika itu aku tidak mengerti apa..ketika itu yang aku tahu hanya kalian harus aku lindungi..apa cara sekalipun..

Akulah yang PERTAMA!

#aku ada, kau ada? hahaha


2 comments: