Sebelum akau start pung pang cita pasal short travel aku pergi bandung, marilah kita sama sama sedekahkan Al- Fatihah buat penumpang penumpang tragedi MH370, MH17 dan QZ8501.
Al- Fatihah... |
18hb Nov 2014
2-3 hari sebelum flight lagi aku dah duk kalut suh Mr. O amik cuti untuk hantar aku sebab ayah kata dia kerja. Mula mula dia kata tengok lah sebab dia tak tahu kena pergi site area mana untuk kerja hari tu. Aku okay lagi lah, sebab kalau dia tak boleh kena tumpang member aku lah jawabnya. Tapi sehari sebelum flight ayah call tanya siapa hantar pegi airport sebab dia dah ambil cuti jugak untuk hantar aku. Dalam masa yang sama Mr.O pun bagi tahu yang dia dah amik halfday memandangkan flight aku petang. Last last dah semua hantar aku. haha Lelaki dan last minute tak boleh dipisahkan.
KLIA 2 |
Terima kasih awak |
Selpie skit daddy! |
with my heroes! |
#gengtravelbandung |
Tukar duit dan passport pastikan ada. Kalau yang beli luggage tu jangan lupa check in awal.
Setakat ini, nak tukar duit murah skit kat Midvelly. Aku tukar RP1000 = RM0.28
Bai Malaysia! |
First time buat passport, first time naik flight. syabass betei! |
19hb Nov 2014
Sebab tak biasa lagi dengan time zone Indonisa, pukol 5 pagi dah terang macam pukul 7 pagi waktu Malaysia. Semua duk kabut ingat dah lewat sebab janji dengan pak supir keluar pukul 9 pagi. Nak tggu 4 dara bersiap lagi mau makan masa 2 jam. Tapi bila tukar timme zone, lah...awal lagi..smbung tidur balik.
Tempat first kami pergi ialah Ariana Jeans sebab nak custom made seluar or baju kena tunngu beberapa hari untuk siap. Bila order awal, dapat lah siap awal dan kalau nak alter pun masih sempat sebab biasanya dia boleh siap sehari je. Sebab aku ni jenis comel comel je so susah nak cari jeans skirt yang panjang ngam ngam dengan aku. Member aku siap tempah blazer / kot untuk lelaki pakai kawen tu. cantik hasilnya sebab ngam ngam je dengan badan. Kalau tempah kat Malaysia tu, mau beratus. dengn kualiti kain pun bagus. Tapi masa nak pilih material tu...haihh..berejam!
Lepas tu kami terus ke Toko 3. Tempat ni popular dengan jenama Levi's - terutama jeans, baju dan lain -lain. Murah memnag murah. Bagi yang dah biasa shopping barang Jeans Levi's, berbaloi lah bila convert duit Malaysia. Masing masing shopping bagai nak gila. aku je kehulu kehilir tak reti nak beli apa. Nasib baik kedai cantik.hehe
maaf lah, ni je yang nampak menarik. |
Lepas abes shopping kat Toko 3, masi kami keluar kedai dah kene serbu..sampai nak lintas jalan pun kena kejar. Cari supir pon kami tak jumpa. Lepas tu.......
TO BE CONTINUED....
**cita melayu, mesti ada episod.kihkih
No comments:
Post a Comment