rEadEr :)

Saturday, February 7, 2015

mati jiwa

sakit
tapi aku sendiri tak tahu dimana
marah
aku tak tahu kepada siapa
pening
aku tak tahu puncanya
semua serba tak kena
sedangkan aku patut boleh dianggap selesa
hari bahagia bakal menjelma
kerja dan gaji boleh tahan juga
musuh tiada
kawan sentiasa bersama
apa lagi yang tak cukup?
kenapa aku masih kosong
adakah diwa aku sudah mati?
siapa mengerti?
zahirnya tubuh walafiat
tapi tiap kali aku berjalan bagaikan tiada jiwa
aku mati
jiwa kau pun mati
mata aku sendiri tak mahu melihat dunia lagi
mencari zat rahsia yang katanya tersembunyi
aku yang bodoh lagi hina 
amat benar merindui
moga chaya leka ku
tak membutakan mataku
moga segala puji
tak ku meninggi diri


akhirnya
aku kembali pada pencipta
bacaan ayat suciNya buat aku tenang
saat aku ungkapkan doa ini..


aku benar mengharapkan 
aku dilindung Tuhan
disuluh Al Quran
moga jiwa aku
kembali terang dan tenang
moga aku punya Iman yang cukup kuat
untuk jadikan kitab suci ini pelindung

aku tidak menceritakan bagusnya aku
cuma aku mahu bagi tahu
Tuhan sentiasa ada walau kau dibuang dunia.





No comments:

Post a Comment