rEadEr :)

Tuesday, August 25, 2015

Borang Kebenaran dan Pendaftaran Nikah

Assalamualaikum..

Since few days ni memang dok browse website Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS NCR Online) je sebab nak update details saksi borang..tapi hampa.. T_T sebab website tu tengah down..mybe untuk upgrade untuk kesenagan akan datang mungkin -,-'
Mintak mintak la nanti bila En Tunang dah settle part borang dia webite tu dah boleh access.. terus print je.. tak de tangguh dah..

Yang dah kahwin mesti ada yang pelik kenapa isi online kan? Because since bile tah JAIS dah tetapkan borang semua isi online. Lengkapkan dokumen sokongan yang diperlukan dulu..dah cukup semua baru boleh print borang yang dah lengkap (boleh diisi bila-bila masa) untuk dapatkan pengesahan berkahwin (mengikut kariah dan mukim) ditempat nikah.

So, untuk negeri Selangor (sepaham aku la) selepas borang yang sudah lengkap dan disahkan (cop dan sign) oleh kariah masjid, dalam masa 14 hari perlu lah dihantar ke Pegawai Pendaftaran Nikah (PPN) untuk didaftarkan pernikahan tersebut berserta 2 orang saksi (yang tandatangan dorang diperlukan) untuk megesahkan borang yang diterima PPN. Kalau terlepas dalam masa 14 hari tu borang dikira expired dan perlu mengisi semula (kene jumpa dan mintak cop kariah tu balik) - memang leceh so be alert!

[ Isi borang online - prepare dokumen sokongan (beserta borang lengkap pihak lelaki) - print borang lengkap - (dalam masa 14 hari) dapatkan tandatangan kariah tempat mustautin - hantar borang lengkap ke PPN bersama saksi borang (2 orang) - semak status pendaftaran sebelum tarikh nikah ]

Untuk lebih lanjut nanti kita semak balik website NCR Selangor bila dia dah up ye..hihi


Tapi untuk en Tunang (dari SPPIM Negeri Sembilan) procedure dia lain pulak.. sebab dia ikut negeri. Kalau cik abg awak jenis busy keje memanjang tu tolong tolong la igatkan dia ye.. kang ado yang tak dapat kahwin..

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE (BNO)
1Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.
2Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.
3Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.
4Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
5Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.
6Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.
7Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.
8Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.
9Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Wednesday, August 19, 2015

Senarai Klinik Selangor bagi Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum..

Lagi 2 bulan je. Just nice nak buat test HIV ni.. tak boleh awal sangat nanti tak valid pulak. Tapi tarikh luput (validation date) untuk result HIV ni tak ada yang sahih.. Ada yang kata 6 bulan, ada yang kata 3 bulan.. so nak buat sedang sedang je lah..tak lewat or awal sangat.

Lagi satu, kalau nak selamat call dulu klinik tu sebelum pergi sebab kadang dorang ada limit dalam sehari berapa orang je boleh buat. Atau diaorang buat HIV test masa atau hari tertentu je. Ni nak share nombor telefon..kalau tak dapat call tu try tanya ornag yang pernah buat kat klinik tu.. sebab list ni dari SINI dan last update tahun lepas..hihi

Semoga berguna!


DAERAH KLANG
Klinik Kesihatan Kapar 03-32508355
Klinik Kesihatan Meru 03-33921355
Klinik Kesihatan Pandamaran 03-31658770
Klinik Kesihatan Pulau Ketam 03-31104206
Klinik Kesihatan Pulau Indah 03-31012035
Klinik Kesihatan Pelabohan Klang 03-31658459
Klinik Kesihatan Bukit Kuda 03-33488174
Aneka Klang 03-33748019
Klinik Kesihatan Ibu Anak Klang 03-33718025

DAERAH KUALA LANGAT
Klinik Kesihatan Banting 03-31871333
Klinik Kesihatan Sijangkang 03-31226686
Klinik Kesihatan Teluk Datok 03-31871117
Klinik Kesihatan Kanching Darat 03-31871934
Klinik Kesihatan Tanjung Sepat 03-31972880
Klinik Kesihatan Teluk Panglima Garang 03-31227433
Klinik Kesihatan Jenjarom 03-31913066
Klinik Kesihatan Bukit Changgang 03-31491355
Klinik Kesihatan Bandar03-31201333

DAERAH GOMBAK
Klinik Kesihatan Rawang 03-60916353
Klinik Kesihatan Kuang 03-60371355
Klinik Kesihatan Batu Arang 03-60352287
Klinik Kesihatan AU2 03-42579466
Klinik Kesihatan Selayang Baru 03-61878564
Klinik Kesihatan Taman Kenanga 03-61873039
Klinik Kesihatan Taman Ehsan 03-62727471
Klinik Kesihatan Sg. Buloh 03-61576775

DAERAH KUALA SELANGOR
Klinik Kesihatan Tanjung Karang 03-32698355
Klinik Kesihatan Kuala Selangor 03-32891142
Klinik Kesihatan Jeram 03-32647075
Klinik Kesihatan Ijok 03-32791167
Klinik Kesihatan Batang Berjuntai 03-32719151
Klinik Kesihatan Bandar Tanjung Karang 03-32698333

DAERAH HULU LANGAT
Klinik Kesihatan Semenyih 03-87238355
Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras 03-91758046
Klinik Kesihatan Beranang 03-87667577
Klinik Kesihatan Batu 14, Hulu Langat 03-90211414
Klinik Kesihatan Ampang 03-42923332
Klinik Kesihatan Kajang 03-87395764
Klinik Kesihatan Ibu Anak Bandar Baru Bangi 03-89258707
Klinik Kesihatan Ibu Anak Cheras Baru 03-42975853
Klinik Kesihatan Ibu Anak Kg. Pandan 03-92847881

DAERAH HULU SELANGOR
Klinik Kesihatan Kubu Bharu 03-60641257
Klinik Kesihatan Ulu Yam Bharu 03-60751261
Klinik Kesihatan Soeharto 03-60461003
Klinik Kesihatan Rasa 03-60573264
Klinik Kesihatan Kalumpang 03-60491426
Klinik Kesihatan Serendah 03-60812500
Klinik Kesihatan Ibu Anak Kuala Kubu Bharu 03-61641257
Klinik Kesihatan Selisek 05-4541352

DAERAH SABAK BERNAM
Klinik Kesihatan Sungai Besar 03-32241358
Klinik Kesihatan Sekinchan 03-32410331
Klinik Kesihatan Bandar Terap 03-32162722
Klinik Kesihatan Parit Baru 03-32136223
Klinik Kesihatan Sungai Air Tawar 03-32136227
Klinik Kesihatan Sabak Bernam 03-32161355

DAERAH PETALING
Klinik Kesihatan Puchong 03-80611814
Klinik Kesihatan Seri Kembangan 03-89455929
Klinik Kesihatan Shah Alam 03-55186531
Klinik Kesihatan Kelana Jaya 03-78045001

DAERAH SEPANG
Klinik Kesihatan Sg. Pelek 03-31411242
Klinik Kesihatan Salak 03-87061302
Klinik Kesihatan Dengkil 03-87686355

Friday, August 7, 2015

What I want to do before married.

Assalamualaikum..

Banyak sebanarnya. Tak tertulis pun..post ni pun dah 2-3 kali amend tapi tak siap siap.haha Sebab list tu macam list What I want to do before DIED! hahaha sebab sume benda takut tak sempat buat. Macam lah lepas kawin tu kaki kena gari kat rumah je kan..menade je itew ni!

This list is my own goals ye girls..just to share it.

1. Tak tinggal solat & solat awal waktu!

"Ya Allah...yang akan dibina tu nanti adalah 'masjid'. fungsi masjid itu sendiri adalah sebagai rumah ibadah. Tak kan lah se-asas asas fungsi pun kita tak boleh nak buat. Kalau kita yang bina masjid tu pun tak solat dan melengah waktu, apatah lagi bakal makmumnya. Anak zuriatnya.  Sedih rasa bila kita sediakan sesuatu untuk seseorang tapi tak diguna pakai. Surau lama yang usang terbiar tu pun kita tengok syahdu kan.. " - dari aku, dan untuk aku.

2. Berjasa untuk ibu bapa

Habis degree umur 24tahun, kerja setahun lebih dah decide nak kahwin. Simpanan ada tiap bulan. Tapi selalu guna untuk emergency case - paling banyak keluar bila kereta rosak. Tapi Alhamdulilah, duit tak pernah lekang..kalau habis betul pun mesti ada je yang tolong hulur. Sebab dulu aku baca ada satu kisah tu, citenye panjang..erm..ok cite skit lah..

"Ali sudah lama tak balik kampung, satu hari mak dia call cakap tak sihat. Dia nak balik tak ada duit, lagipun tengah bulan.. anak anak pun dah merengek nak jumpa nenek. Kebetulan bulan tu sesak sebab dah hidupkan road tax kereta. Tapi sebab mak dia tak sihat dia gagah pinjam kawan duit RM50 sebab nak balik kampung. So ada lah dalam RM150 cukup pergi balik tol dan minyak. Bila nak balik tu, dia ada tinggal RM20 je..RM10 tol, so dia hulur mak dia RM5..sambil cakap "maaf mak, bulan ni ali ada ni je, bulan depan Ali bagi lebih sikit ye.." mak dia senyum and amik duit tu..lepas tu mak dia hulur balik RM50, "ali amik la ni, buat belanja jajan anak anak, mak tahu kau tengah sempit.." Ali pun nagis kat situ sambil peluk mak dia.

Dari kisah ni lah bila aku kerja, mesti bagi mak ayah aku duit. Aku tahu nilai aku bagi tu sikit, sesak mana pun aku nak kumpul duit tok kawen, aku mesti hulur jugak kat diaorang. Bagi aku, diorang adalah tabung saham akhirat aku. Setiap kali aku bagi, ibu mesti cakap "moga Allah luaskan rezeki kakak"  - nah! kan besar doa ibu tu ibarat doa Nabi kepada umatnya. Direct terus. yg penting, ikhlas.

But, 'berjasa' bukan maksud bagi duit je. masa kita, kegembiraan kita, tenaga kita.. semua. Sebab dah kawin nanti schedule kita nak balik umah mak ayah tak macam masa bujang. kan?

3. Be your siblings best friends!

Ni susah sikit lah. Aku tak taw napa aku susah skit nak 'in' ngan adik adik aku. Kadang dorang gelak kekek kekek dengan lawak tu. Sampai kuar air mata. Aku blur tak paham apa yang lawak sangat tah. Lepas tu aku jenis kakak yang tak cool..asik hot je. hahaha suka bebel. Padahal aku cakap dulu sebelum mak ayah aku bebel. Aku pesan dulu before its turn up dorang susahkan mak ayah aku. Tah la...memang payah la,,tak taw nak wat cane da.. waa! (nages kuat kuat) kawen nak dekat dah, tapi nak dorang cite masalah kat aku lagi la tak nye..

4. Enjoy freedoms as single woman.

More to hangout dengan officemate tengok midnight movie, melancong jauh jauh dengan bestfriend, lepak-borak-gosip dengan kawan sekolah sampai 2pagi. Selagi ada aktiviti dorang buat aku nk join.hahaha tamak pun ado. but still kene balance with famili and en tunang. tak kan nak bia dia buat preparation sensorang pulak kan..haha

Alhamdulillah mr fiance saya sangat memahami sebab dia bagi je saya pegi mana mana ngan kawan kawan saya. teehee! ayat mengampu sgt!

Lagi satu, duit gaji kita tu spend la skit untuk beli apa kita nak..barang berjenama..tapi jangan jadikan hobi pulak..every month nak shopping Gucci. Mati kau nak. Tengok keadaan la.. Kalau kasut kau beli kat kedai Ah Weng tu kau memang suka lanyak tiap hari, sampai tiap 2 bulan kena beli baru, dah boleh la beli yang mahal sikit.. boleh la tahan lama sikit kot..haha

5. Plan after marriage life.

I did this! ni je yang aku banyak plan..haha sampai wedding plan aku terkontang kanting. Lagi lagi bab kira komitment lepas kawin..hihi kena prepare awal awal..tak de culture shock nanti. Begaduh pulak siapa nak bayar itu ini. Sebab dua dua kerja, so kena TOLERANCES. But still, husband kena ada CONSIDERATION ya..sebab isteri kan pembawa rezeki. Sakit hati isteri, Allah tarik rezeki awak nanti..mihmih

So, thats it for now. Yang lain kalau ado den teringat den tambah kemudian la yo..hihi